PBB Menolak Desakan US

Tags

, , , , , ,

128 negara undi menyokong usul untuk menolak hasrat Trump membina kedutaan US di Baitulmaqdis.

1. Walaupun 128 undi tetap tidak akan dapat mengubah keputusan US tetapi ia adalah kemenangan moral bagi Palestin dan masyarakat dunia yang menyokong.

2. Sebelum bermula Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Donald Trump telah memberi amaran dan ancaman untuk menghentikan pemberian dana luar Amerika kepada negara-negara penerima dana yang menyokong usul di atas

3. Namun semalam hampir semua 10 negara teratas yang menerima dana luar US turut mengundi untuk menyokong usul di atas. Duit dan ancaman tidak dapat membeli undi mereka.

4. Turki walaupun bukan kuasa besar dunia mempunyai pengaruh besar ke atas negara-negara lain, dan juga masyarakat antarabangsa. Dalam persidangan semalam Mengulas keputusan itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu menyampaikan kepada perwakilan persidangan bahawa, “maruah dan kedaulatan tidak dijual.”

5. Hakikatnya, mana-mana individu atau negara yang menggunakan duit dan kuasa untuk mendapat pengaruh turut memberi makna bahawa kepimpinannya berdasarkan karisma dan kredibiliti telah hilang.

6. Peristiwa ini mengingatkan saya kepada kisah hadis ghulam. Bagaimana seorang raja yang berkuasa akhirnya hilang pengaruh terhadap masyarakatnya selepas masyarakatnya menyaksikan kebenaran risalah akidah yang dibawa oleh seorang pemuda yang mati terbunuh kerana panahan yang disebut dengan nama Allah.

7. Seluruh masyarakat yang menyaksikan peristiwa itu beriman kepada Allah dan setiap seorang sanggup dihumbankan ke dalam api hatta seorang ibu yang mendukung bayi.

“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayanya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. (At-taubah;32)

8. Kepimpinan diukur hakikatnya bukan pada posisi dan jawatan (kuasa), tetapi pada pengaruh yang kita ada ke atas yang lain.

Advertisements