Tags

, , , , ,

Cinta dan sayang adalah salah satu instinct dalam diri manusia. Namun pop-up persepsi dan wordview pasal cinta dan sayang berbeza-beza dalam diri setiap insan. Jawapan yang ada pada setiap orang pasti berbeza semuanya bersandarkan pada pengalaman dan pengamatan mereka. Paradigma cinta dan sayang seseorang itu menentukan tindak-tanduknya, kelakuan, debaran hati dan perasaan yang bercampur baur membuak dalam jiwa dan akhirnya membuah sesuatu yang bisa mengubah suasana sekeliling

Tanyakan sahaja apa itu cinta dan sayang pada rakan-rakan sekuliah, komrad mahasiswa-mahasiswa. Pastinya cinta dan sayang bagi mereka hanya sekitar marriage proposal yang romantic, perasaan kasih sayang yang memenuhi jiwa dan hati yang berdebar-debar apabila bertemu dengan pria atau gadis diiginkan hati. Atau ada yang akan menjawab dengan bait-bait lirik lagu cinta, atau dengan beautiful quotations yang mengalun dan melayan perasaan. Banyaknya pasti, cinta dan sayang pada mereka hanyalah sekitar pria dan gadis. Luar dari itu, mungkin termanggu-manggu memikirkan apakah ianya cinta dan sayang.

Ataupun boleh ditanya kepada ayah dan ibu apa itu cinta dan sayang. Ayah menjawab, cinta dan sayang adalah apabila ayah melihat isteri dan anak-anak mendapat apa yang mereka impikan, apa yg mereka mahukan, cinta dan sayang juga adalah hubungan yang akrab dan utuh sesama ahli keluarga, susah sama susah, senang sama senang. Asal semua yang ada di sisi itu bahagia dan senang, maka itu sudah cukup, kerana keluarga ini adalah cintaku dan sayangku. Ditanya pula soalan yang sama pada ibu, si ibu menjawab apa-apa yang membahagiakan suami dan anak-anakku adalah cinta dan sayang. Kebahagiaan dan kejayaan suami dan anak-anak adalah pencapaian yang paling indah maka itulah cinta dan sayang. Setiap kebaikan yang menimpa keluarga ini adalah cinta dan sayang.

Perbezaaan mengenai persepsi dan worldview berkenaan cinta dan sayang cukup berbeza-beza dalam kalangan insan marhaen. Jawapan dan tindakan mereka itu adalah hasil paradigma (cara memandang) mereka terhadap apakah cinta dan sayang bagi mereka.

Instinct yang cukup hebat! Naluri insani kurniaan Yang Maha Esa kepada semua manusia. Nikmat Allah yang manakah kita cuba dustakan?

Namun bagi duat di jalan Allah, jawapan mereka terhadap persoalan cinta dan sayang adalah sesuatu yang cukup besar dan agung. Perasaan yag mengalir dalam tubuh mereka, debaran hati dan kesanggupan utk melakukan apa sahaja demi cinta dan sayang tidak sama dengan manusia lain. Jawapan itu mereka kongsi semasa mereka, dengan satu jawapan yang cukup menyentuh dan mengubah paradigma mereka, seperti yang diungapkan oleh Assyahid Iman Hasan Al Banna:

“Kita mahu masyarakat kita mengetahui bahawa mereka adalah lebih kita sayangi dari diri kita sendiri. Mereka adalah kekasih jiwa-jiwa kita ini, hingga jiwa dan nyawa kita rela terkorban menjadi tebusan demi mencapai keagungan untuk mereka, sekiranya perjuangan menuntut tebusan sedemikian. Jiwa-jiwa kita rela bersusah payah membayar harga yang mahal demi mendapatkan kemuliaan bagi agama dan cita-cita mereka. Kita tidak mengambil pendirian sedemikian melainkan kerana perasaan cinta ini yang telah memenuhi segenap hati-hati kita, melupakan kita tentang tempat tidur dan mengalirkan airmata kita. Amat berat kita rasakan terhadap apa yang sedang dialami oleh masyarakat kita. Kita bekerja di jalan Allah untuk orang ramai lebih banyak dari kita bekerja untuk diri kita sendiri. Kami adalah untuk anda semua wahai kekasih-kekasih kami, bukan untuk selain kamu. Tidak akan datang hari di mana kami berjuang untuk selain kamu” 

Bagi pendokong dakwah islam yang benar, tiada apa lagi perbuatan lebih besar dari menyelamatkan umat islam dari belenggu kesesatan dan kemaksiatan yang mencengkam. Inilah bukti cinta dan sayang mereka terhadap Allah, perjuangan rasulullah dan ummat islam seluruhnya.

Cinta dan sayang yang mereka faham menuntut harta, kudrat, masa dan perasaan mereka untuk dikorbankan di jalan ini. Bagi mereka pengorbanan ini adalah kecil hendak dibandingkan dengan perasaan cinta dan sayang mereka terhadap ummat. Kehendak diri mereka adalah kecil. Kesusahan dan kesulitan mereka adalah kecil. Tiada cukup masa rehat untuk mereka, mereka melupakan keselesaan yang ada di rumah, melupakan keinginan dan kepentingan semata-mata untuk redha Allah dan menjaga kepentingan ummah.

Itulah jawapan dan harapan bagi persoalan cinta dan sayang buat para duat di jalan Allah. Sebuah hasrat dan harapan yang benar-benar merubah! benar-benar mengangkat jiwa dari memperhambakan dunia. Itulah jiwa tabah dengan sebenar-benar tabah bagi seorang daie.

Sebuah paradigma cinta dan sayang yang benar-benar merubah dunia dan seisinya! Itulah paradigma seorang daie terhadap dakwahnya!.

 

Advertisements