Tags

, , ,

Kehidupan manusia memang diciptakan dengan penuh episod susah dan payah. Sejak dari penyatuan sel gamet, sperma dan ovum, sehingga nafas yang terakhir bagi seorang manusia. Awal kehidupan, hingga akhirnya. Kesusahan adalah hakikat dan realiti yang akan menemani setiap plot dalam kehidupan kita.

Allah berfirman dalam Surah Al-Balad”

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah” (Surah Al Balad:4)

Kesulitan Selepas Persenyawaan

Setelah sel sperma bersenyawa dengan ovum. Berlaku pembahagian sel dengan begitu pantas. Daripada satu sel menjadi dua, seterusnya menjadi empat, lapan dan terus membahagi. Kesulitan pertama yang berlaku kepada segumpal sel (embrio) ini adalah kesulitan dan kerja keras dalam membolehkan segumpal daging ini melekat di dinding rahim. Embrio ini akan berada dan kesulitan dan susah payah dalam proses membenamkan jasad embrio ke dalam rahim ibu demi menyerap nutrisi dan makanan dari ibu, sesuai dengan sunnah penciptaan manusia menurut kehendak Allah.

Maka embrio itu membesar dan berkembang menjadi fetus (jasad yang sudah terbentuk dengan sempurna). Tibalah episode susah payah yang seterusnya. Kesakitan yang dirasakan oleh ibu dalam proses melahirkan bayi. Kesulitan yang berbentuk kesakitan yang berganda demi mengeluarkan jasad yang dikandung dalam tempoh Sembilan bulan.

Kesulitan Di Alam yang Baru

Maka seterusnya keluarlah bayi tersebut dari alam rahim dengan kesusahan yang menimpa. Bayi tersebut mula merasakan kerja yang lebih berat dan sulit. Bayi mula bernafas dengan menghirup udara yang tak pernah ia kenal. Yang mengembangkan paru-paru yang keras  d mana selama berbula-bulan dalam rahim tanpa sebarang pengembangan mahupun pergerakan. Segala sistem badan yang dorman selama berbulan-bulan iaitu hati, sistem penghadaman, perkumuhan tanpa sebarang penggunaan mula berfungsi. Semuanya bermula dari satu nafas yang dihirup, mulut dan rahang yang membuka luas berteriak. Satu permulaaan di alam dunia yang penuh dengan kesulitan dan susah payah!

Mereka yang memerhatikan bayi kecil mula meniarap, merangkak dan berjalan pasti dapat merasakan kesulitan yang dihadapi oleh bayi itu. Tak lama kemudian gigi mula tumbuh, sekali lagi dalam usia sekecil ini ditimpa dengan kesulitan yang tidak menyelesakan. Seterunya ia membesar, langkah pertama ketika hendak mula berjalan begitu sukar dan menyengsarakan. Jatuh dan terus bangkit, tetap patuh dan taat kepada sunnatullah.

Ketika menuntut ilmu maka menuntut ilmu pun suatu perkara yang menyengsarakan. Berfikiran menyelesaikan permasalahan kehidupan dengan susah dan payah. Setiap usaha dan percubaan dalam menyelesaikan permasalahan juga cukup menyengsarakan, sama seperti bayi yang baru belajar merangka dan berjalan.

Antara Dua Kesulitan Manusia

Maka apabila manusia mula merangkak dewasa. Jalan hidup yang dijalani oleh setiap manusia penuh dengan persimpangan, permasalahan dan kesulitan. Kesulitan yang dihadapi oleh manusia pada ketika akil baligh lebih bermacam ragam.

Ada manusia yang bersusah payah dalam kesulitan demi membesarkan ototnya. Dia mula bersusah payah mengawal nafsu demi mengawal permakanan.

Begitu sulit ingin mengeluarkan duit membeli gajet-gajet yang diidamkan mencecah ribuan ringgit. Usaha mendapatkan wang untuk membayar merupakan satu perkara yang penuh susah dan payah.

Ada manusia yang berkerja keras menjadi RM 1 kepada RM 1000000. Melalui bermacam permasalahan berfikir, permasalahan ditipu beberapa kali. Gagal dan jatuh sebelum berjaya. Satu jalan yang penuh dengan susah dan payah!

Ada juga manusia yang bersusah payah dalam jalan perjuangan fi sabilillah. Meletakkan jiwa dan harta dalam perjuangan mengeakkan akidah yang cukup menyengsarakan. Berlawanan dengan nafsu yang sentiasa mahukan kejahatan merupakan satu pertarungan yang susah dan menyengsarakan. Sebuah jalan yang perit dan penuh kesulitan!

Masing-masing memikul beban kesulitan dalam jalan yang dipilihnya.

Setiap insan memikul beban sendiri dalam setiap jalan yang dipilih. Jalan menuju pegakhiran baik dan buruk masing-masing mempunyai kesulitannya yang tersendiri. Di akhirat kelak terdapat penderitaan besar bagi orang-orang yang mendapat kecelakaan. Juga terdapat pengistirehatan yang paling agung bagi orang-orang yang berbahagia.

Syed Qutb dalam tafsir fil zilalnya menyimpulkan akan hakikat kesusahan dan kesulitan ini:

Capture

Antara Dua Dilemma: Kemuliaan dan Kehinaan

Orang yang bermatian matian dalam kesusahan untuk urusan yang mulia tidak sama dengan orang yang bermati-matian berkerja keras untuk urusan yang hina. Tidak sama ketenangan hati dan kegembiraan yang diperolehi dalam bekerja keras atas urusan yang mulia dengan kondisi orang yang bekerja keras atas urusan yang batil dan celaka.

Orang yang bekerja keras untuk membebaskan diri dari beban tanah tidak sama dengan orang yang bekerja keras untuk berkubang dalam lumpur.

Orang yang gugur di jalan dakwah tidak sama dengan orang yang mati memperturutkan hawa nafsu. Tidak akan pernah sama hasil yang akan diperolehi oleh orang yang mulia dengan hasil yang diperolehi oleh orang yang celaka.

Advertisements