image

“Sesungguhnya orang yang dapat muhasabah dirinya hingga mengenalnya (diri) dengan benar (jujur), maka akan benar pula firasatnya terhadap orang lain dan tepatlah apa yang difirasatinya”

Kata-kata ini diungkapkan oleh seorang ahli zuhud, Samnun rahimahullah ketika ditanya dengan firasat (gerak hati, instinct) dan hakikanya.

Samnun rahimahullah mengalihkan pandangan kepada daie di mana untuk kita memeliki nilai instinct/gerak hati yang betul terhadap orang yang didakwahi (mad’u) maka menjadi satu keperluan utk daie tersebut terlebih dahulu mengenali dan tahu baik dan buruk dalam diri kita.

Muhasabah diri perlu dijadikan agenda harian utama seorang daie. Dengan usaha ini maka akan lahir atau terbentuk peribadi dan jati diri seorang daie yang betul-betul sedar apa misinya, percaya dan yakin kepada kebenaran yg datang dari Allah dan lahirlah juga seorang daie yg menjaga perintah dan larangan Allah SWT.

Dalam tarbiah juga diberi latihan penekanan terhadap perkara ini. Seorang murabbi tahu sejauh mana seorang mutarabbi/daie itu menjadikan agenda muhasabah sebagai agenda utama harian. Perkara ini dinilai menerusi prestasi amal fardi seseorang ikhwah atau ahli tarbiah.

Bersambung

Advertisements