Tags

, , ,

photo_2014-10-28_22-03-31 Fakta berupa kebenaran

Masih teringat dalam preparation tesis projek tahun akhir. Dalam tesis inilah kita finalise kajian dan penyelidikan kita dengan fakta dan argumen dalam bidang kajian kita. Setiap statement yang kita nyatakan dalam tesis itu perlu ada fakta yang didapati dari hasil kajian (revealed facts) dan fakta sokongan (supporting facts) untuk memperkuatkan lagi revealed facts dalam penyelidikan kita. Ini adalah asas utama dalam penulisan ilmiah, barulah kajian dan penyelidikan itu dianggap sebagai kebenaran dan diakui keabsahannya. Kebenaran konkrit inilah yang menjadi binaan paradigma, persepsi atau cara kita melihat sesuatu isu. Secara ringkasnya, kebenaran ini akan membentuk paradigma yang betul, yang pada akhirnya akan menghasilkan attitude (sikap) dan action (tindakan) yang betul dan tepat.

Sentimen adalah rapuh

Selain daripada kebenaran kita boleh panggil persepsi. Di mana persepsi ini dibina dari asas-asas yang tidak konkrit berupa perasaan, pendapat, dan pandangan rambang. Sesuatu kenyataan yang penuh dengan sentimen biasanya tidak mempunyai asas yang kukuh iaitu revealed facts dan supporting facts. Bayangkan dalam penulisan tesis kita dipenuhi dengan isi-isi atau kenyataan-kenyataan yang berbentuk sentimen. Hakikatnya awal-awal lagi ia tidak layak dipanggil tesis. Tetapi hanya penulisan kosong dipenuhi dengan pendapat yang entah betul atau tidak telahannya.

Mengimbau sirah nubuwwah

Itu juga yang berlaku dalam sirah nubuwwah. Yakni ketika wahyu Al-Quran turun kepada nabi berupa fakta, peringatan, amaran dari pencipta, Allah SWT. Wahyu yang diturunkan itu berupa kebenaran (revealed facts) dari Allah SWT, pencipta langit dan bumi. Tidak ada satu ayat pun yang batil dan semuanya adalah al-haq yang patut diterima. Bukan itu sahaja, malah Allah sertakan sekali wahyu itu dengan supporting facts, yakni mukjizat kepada nabi Muhammad SAW. Dari terbelahnya bulan hingga air yang keluar mengalir dari jari jemari nabi.

Nafsu manusia yang menidakkan kebenaran.

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat untuk urusan (agama yang benar). Maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” [Al-Jatsiyah:18]

Walaupun revealed facts and supporting facts telah terbentang luas di hadapan kafir quraisy, tetap juga ada sebilangan besar yang menidakkan kebenaran yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Malah nabi dilemparkan dengan sentimen, persepsi, pandangan berupa fitnah dan hinaan yang pada akhirnya merujuk kepada penolakan terhadap kebenaran yang diturunkan oleh Allah melalui Nabi Muhammad SAW. Sentimen yang ditujukan kepada nabi dengan label-label seperti tukar penyair, nabi palsu, agama rekaan,majnun (orang gila) dan sebagainya. Malah perkara yang sama turut menimpa kepada nabi-nabi sebelumnya. Oleh sebab peri pentingnya kebenaran ini Muhammad Ahmad Arrasyid meletakkan tajuk “Kita Menolak Al-Hawa” sebagai bab pertama yang bertindak sebagai asas binaan paradigma utama seorang muslim.

ISMA dalam mendepani agenda musuh

Dalam mendepani agenda musuh kita perlu kenal mereka dengan melakukan kajian dan penyelidikan supaya kita mampu kenal antara mad’u dan musuh. Ramai dalam kalangan umat islam gagal membina paradigma, sikap dan tindakan yang betul (dalam mendepani ancaman terhadap islam) disebabkan tidak mempunyai asas kajian yang bersandarkan revealed facts (dari AlQuran dan hasil kajian dan pemerhatian) serta supporting facts (dari bukti empirikal). Ikatan_Muslimin_Malaysia Atas kajian inilah ISMA begitu agresif dalam mendepani golongan muslim moderat, kristian evangelist, agenda DAP, golongan anti-islam dan anti-perlembagaan. Atas binaan asas ini juga ISMA mengenal yang mana musuh dan yang mana mad’u. Kerana ISMA begitu sedar siapakah mereka, siapa berada di belakang mereka, dan apakah agenda dan perancangan mereka dalam merosakkan islam dan umat islam.

Kajian-kajian dan pendedahan ini boleh didapati di laman web dan laman youtube rasmi ISMA tetapi hakikatnya ramai  memilih untuk menjadi umat yang malas membaca, mengkaji malah menjadi foot soldiers kepada musuh islam. Inilah generasi kita yang terpedaya dan menjadi mangsa keadaan disebabkan malasnya menelaah, meniliti dan mengkaji kebenaran, tetapi selesa bersama sentimen dan pandangan rapuh.

“(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik.” [Az-zukhruf:54]

Saya berpesan kepada setiap muslim yang ikhlas dan cintakan agama ini. Jadilah umat yang dipandu oleh neraca wahyu dalam menilai sesuatu isu dan mengenali musuh. Banyakkanlah membaca, mengkaji, menyelidik dan menelaah sesuatu isu supaya kita tidak menjadi kuda tunggangan Firaun (dari yahudi dan nasrani serta tenteranya) pada masa kini.

Advertisements