Tags

, , ,

CL20Pq6VAAEw2jW

Media sosial tak pernah sunyi dari pelbagai isu, setiap masa ada sahaja isu yang akan timbul, sekiranya menarik dan aneh bagi sesetengah pihak, pasti akan menjadi viral. Ada isu viral yang dipuji, tetapi banyak darinya juga diguna sebagai bahan cemuhan dan troll.

Adakah ada DNA lembu dalam susu lembu?

Pertama sekali kita perlu faham secara ringkas bagaimana susu terhasil dan ia diperbuat daripada apa.

Susu merupakan bahan biologi yang dirembeskan oleh organ penyusuan yang utamanya terdiri daripada 83-91% air, dan selebihnya adalah lemak dan protin dan bahan-bahan lain seperti antibodi dan mineral. Ia dihasilkan melalui beberapa siri ‘pathway’ atau  mekanisma yang kompleks yang boleh bermula samada daripada rangsangan chemical (hormonal stimulation) dan fizikal (suckling motion).

  1. Mechanism of milk secretion:
    http://physrev.physiology.org/content/51/3/564
  2. Mechanism of milk secretion: milk composition in relation topotential difference accross mammary epithelium:
    http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1353525/
  3. Anatomy & Physiology: Hormones involved in breast development and breastfeeding:
    http://www.breastfeedingbasics.org/cgi-bin/deliver.cgi/content/Anatomy/physiology.html

Apabila kita faham bahawa susu lembu adalah bahan biologi yang  terhasil daripada tindakbalas biologi, kita tidak perlu hairan sekiranya di dalam susu lembu tersebut mempunyai ‘remnants‘ atau sisa-sisa DNA yang berpunca daripada the shedding of dead mammary epithelial cells yang pastinya mempunyai DNA. Yang pastinya komposisi DNA tersebut di dalam susu adalah sangat sedikit.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya di dalam dunia penyelidikan biologi molekul adanya wujud kajian-kajian yang berfokus kepada pengekstrakan DNA menggunakan sumber susu manusia, lembu, kambing, khinzir dan banyak lagi. Malah saintis turut mengembangkan pelbagai teknologi dan kaedah saintifik dalam usaha memaksimakan pengekstrakan DNA daripada susu. Pengekstrakan DNA daripada susu bukanlah sebuah topik atau bidang yang asing dalam kalangan penyelidik biologi molekul.Malah, saintis telalh berjaya mengekstrak DNA dalam susu tepung lembu (rujuk artikel saintifik no 3 di bawah). Berikut saya sertakan artikel saintifik berkaitan perbincangan kita:

  1. High quality genomic DNA ectraction from large milk samples:
    http://www.researchgate.net/publication/11006828_High_quality/genomic_DNA_extraction_from_large_milk/samples
  2. Isolation of genomic DNA from milk sample by using chelex resin:
    http://journals.cambridge.org/action/displayAbstract?fromPage=online&aid=11253
  3. Evaluation of PCR assay for detection of species origin of milk powder:
    http://www.asciencejournal.net/asj/index.php/BIO/article/view/446/pdf_83

Manusia makan DNA haiwan dan tumbuhan, adakah ianya pelik?

Haha. Ini kelakar, kenapa pula nak hairan. Ayam, ikan, sayur-sayuran, buah-buahan, dan semua biomass terdiri daripada haiwan dan tumbuhan respectively. Ayam masak merah, siakap tiga rasa, sup cendawan, koktel buah dan semua bahan mentah yang kita makan semuanya berasal daripada binaan-binaan tisu-tisu sel haiwan dan tumbuhan, dan setiap daripada sel itu mempunyai set kromosom atau DNA masing-masing. Ya! memang hari-hari kita makan DNA. Dan pada akhirnya badan akan menyerap nutrisi-nutrisi yang diperoleh daripada biomas tersebut berupa asid amino, glukosa, fatty acid, vitamin, mineral termasuklah nukleotid (berasal dari DNA dan RNA).

Sumber Makanan Mempengaruhi Akhlak?

Semestinya benar. Tetapi perbincangan kita sekarang tidak sesuai dikaitkan dengan subtopik di atas sekiranya yang kita bandingkan adalah antara dua makanan halal (dalam perbincangan ini susu ibu vs susu lembu).

Tetapi sekiranya yang kita bandingkan adalah antara makanan halal dan makanan haram (baik sudah jelas haramnya atau sumbernya haram) semestinya perbincangan tersebut sesuai untuk dikaitkan dengan subtopik kita bincangkan sekarang.

Makanan yang halal dan dari sumber yang halal semestinya mempengaruhi pembentukan peribadi kita ke arah yang positif. Makanan yang haram dan dari sumber  haram semestinya mempengaruhi pembentukan peribadi ke arah negatif.

Imam Ghazali berkata,

“Jika kita ingin anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berilah mereka makan daripada rezeki yang halal sejak dilahirkan. Makanan yang halal selain menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan fikiran mereka cerdas dan pintar. Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka kepada kita jika diberikan makanan yang kotor.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Mardawaihi daripada Ibnu Abbas, seorang sahabat terkenal iaitu Saad bin Abu Waqash meminta Rasulullah SAW memohon kepada Allah supaya apa saja doa permohonannya dikabulkan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, maka tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Dan barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya daripada harta yang haram dan riba, maka api neraka lebih baik baginya.”

Prioriti Isu

Kalau kita menilai sesuatu isu hanya bersumberkan beberapa keping gambar semestinya akan berakhir dengan salah faham terhadap isu, dan membawa kepada cemuhan, baik ianya daripada seorang berstatus ustaz.

Saya difahamkan daripada seorang sahabat keseluruhan isu yang ingin dibincangkan Ustazah FS adalah soal mempromosikan kebaikan susu ibu dibandingkan dengan susu lembu. Walaupun dari sudut kenyataan Ustazah FS mungkin ada kesalahan, mengapa kita memberi prioriti kepada kesalahan melebihi  topik yang ingin dihihlightkan? Walhal lebih baik sekiranya point utama itu yang diviralkan dan dihebohkan.

The Malay Mail – Lidah Syaitan

Dalam kesempatan ini, syaitan dan tenteranya memulakan operasinya macam biasa, merendah rendah dan membakul sampahkan golongan arif dalam agama. Inilah The Malay Mail Online, lidah syaitan bagi menyebar luas kebencian terhadap islam dan institusi ulama.

photo_2015-08-09_11-00-35

photo_2015-08-09_19-19-04

Bahkan ini bukan kali pertama mereka berbuat begini!

Sikap kita sebagai seorang Muslim

photo_2015-08-09_12-18-16photo_2015-08-09_11-03-57

  1. Memperbetulkan kesilapan kerana semua orang termasuk agamawan tidak terlepas dari kelalaian dan membuat kesilapan
  2. Tidak berlebih-lebihan dalam menegur, jauhkan daripada emosi, perlian, cemuhan. Ramai dalam kalangan umat islam terbalik pula. Bermesra dengan puak kafir dan jahiliah, benci saudara seislam dan memburukkan ulama.
  3. Siasat berita, mungkin silap subtitlenya, mungkin silap susun atur katanya, atau mungkin ia sama sekali tidak benar. Janganlah rasa cukup dengan 2-3 keping gambar atau menjadikan portal berita oportunis dan liberal sebagai rujukan utama.

“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)….” (Al-fath:29)

Wallahualam. Semoga penulisan ringkas membantu memperjelaskan pembaca berkenaan isu yang kita sedangkan bincangkan ini. Sebarkan kepada yang lain agar diperolehi manfaat.

Nizzal Syafiq Bostaman
Master in Biotechnology (Molecular Biology) UNIMAS
Aktivis ISMA Samarahan

Advertisements