Tags

, , , , ,

Insomnia, 2.00 AM. Ahad 10 Januari 2016.

Cubaan melelapkan mata menemui kegagalan. Dalam usaha nak tidur teringat pada sharing dalam usrah yang lepas, topik Rukun Baiah: ‘Tsiqah’

Topik ni membuat aku renung panjang, sambil terbayang di kepala melihat kepada pengalaman-pengalaman memimpin dan mengurus organisasi dakwah ini. Teringat juga beberapa pengalaman amal jamaie yang berlaku dalam organisasi, daripada kebaikan dan kelemahan dalam diri kita sebagai penggerak dakwah.

Kita renungi ucapan As-syahid Imam Hasan Al Banna, rukun baiah terakhir, tsiqah:

“YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN THIQAH IALAH IALAH KEYAKINAN SEORANG JUNDI (PENDAKWAH) TERHADAP QIADAH (PEMIMPIN) PADA KEMAMPUAN DAN KEIKHLASANNYA, DENGAN KEYAKINAN YANG MENDALAM SEHINGGA AKAN MELAHIRKAN PERASAAN KASIH, PENGHARGAAN, PENGHORMATAN DAN KETAATAN.

FIRMAN ALLAH TAALA:

MAKSUDNYA: “MAKA DEMI TUHANMU, MEREKA (PADA HAKIKATNYA) TIDAK BERIMAN, SEHINGGALAH MEREKA MENJADIKAN KAMU HAKIM TERHADAP PERKARA YANG MEREKA PERSELISIHKAN, KEMUDIAN MEREKA TIDAK MERASA DI DALAM HATI MEREKA SESUATU KEBERATAN TERHADAP KEPUTUSAN YANG KAMU BERIKAN DAN MEREKA MENERIMA DENGAN SEPENUHNYA“. (Surah Annisa’: 65)”

**untuk qoute penuh rujuk matan ‘Tsiqah’ dalam Majmuk Rasail**

 

Kita baca berulang kali, perkataan demi perkataan, kata-kata Allah dalam alquran surah Annisa ayat 65, dimana

  1. Mereka sebenarnya tak beriman
  2. Sampailah mereka jadikan kamu (rasulullah/pimpinan) hakim (pemutuskata/panduan) terhadap perkara yag mereka selisihkan.
  3. dan juga mereka tak rasa dalam hati mereka rasa berat terhadap keputusan yang kamu (rasulullah/pimpinan) berikan.

Atau

  • Kita sebagai penggerak dakwah dalam jemaah ini, sebenarnya belum cukup beriman, sampai kita jadikan pimpinan sebagai hakim, atau pemutus kata dalam hal-hal yang kita berselisih pendapat.
  • Kita sebagai penggerak dakwah dalam organisasi ini, sebenarnya belum cukup beriman, selagi mana kita rasa berat terhadap keputusan yang pimpinan dah putuskan.

Cuba renung ayat ini sambil melihat diri kita sendiri, sejauh mana kita dapat berlaku tsiqah atau percaya terhadap keputusan dan polisi yang pucuk pimpinan dah putuskan.

Cuba juga kita lihat setakat mana wujudnya sikap tsiqah atau kepercayaan anak-anak buah kita dalam biro yang kita pimpin. Kepimpinan organisasi kita tidak dapat pergi jauh tanpa kepercayaan atau tsiqah daripada penggerak-penggerak atau jundi organisasi.

11148574_817181151664805_1084742133441267524_o

Mesyuarat Agung Tahunan PEMBINA UNIMAS Mac 2015

Tanpa adanya kepercayaan (tsiqah), dakwah ini tidak akan berjaya

Apabila kita sebagai jundi atau penggerak melihat pimpinan kita tidak ada kebolehan seperti yang kita ada atau seperti yang kita harapkan, maka kitalah yang sebenarnya perlu menawarkan kelebihan yang kita ada bagi menampung kelemahannya.

Kemampuan dan kebolehan yang ada pada kita boleh menjadi satu aset atau satu pertolongan kepada pimpinan dan kepada organisasi. Sikap ‘complementing each other‘ atau saling lengkap-melengkapi adalah satu sikap yang menyempurnakan sesebuah organisasi yang semestinya terdiri daripada  manusia-manusia yang pasti mempunyai kelemahan yang tersendiri.

Mungkin kita boleh renungi kisah antara Abu Bakar dan Umar selepas kewafatan Nabi SAW:

Abu Bakar menjawab: “Sepatutnya aku membaiahkan kamu”.

Umar berkata: “Kamu lebih baik daripada aku”.

Abu Bakar pula menjawab:  “Engkau lebih kuat daripadaku”

Umar berkata: “Kekuatanku untukmu bersama dengan kelebihanmu”.

Contohilah sikap Saidina Umar RA yang cukup percaya (tsiqah) kepada Saidina Abu Bakar RA. Walapun Umar RA adalah seorang sahabat yang mempunyai karakter dan kebolehan yang unik tetapi Umar RA tetap memberi tsiqahnya kepada Saidina Abu Bakar. Tsiqah juga lahir dari hati yang ikhlas. Kalaulah Saidina Umar tidak ikhlas, menginginkan JAWATAN dan KEDUDUKAN nescaya diterima sahaja cadangan Saidina Abu Bakar kepadanya atas keinginannya terhadap jawatan tersebut.

Tsiqah adalah lambang ketaatan, tiada ketaatan tanpa adanya ketsiqahan

Begitu juga dalam organisasi kita, sekiranya dalam pimpinan tidak ada kebolehan yang kita ada, maka kitalah yang menawarkan kebolehan kita untuk menguatkan dan membantu kepimpinan kita. Jauh sekali dari amalan mencemuh, cakap belakang dan mengejek. Jauh sekali dari ketidak-ikhlasan hati dan berkeinginan terhadap kedudukan dan jawatan, jauh sekali dari mengejar kemuliaan dan jatuh menjatuhkan.

Syaitan dan musuh-musuh islam tidak akan senang melihat perpaduan, ketsiqahan, kesatuan amal/aktivisme yang ada pada organisasi ini. Jadi mereka tidak akan henti membisik-bisikkan kepada diri kita keinginan terhadap kemuliaan pangkat, jawatan dan kedudukan.

Musuh-musuh islam akan menjatuhkan dan memalukan kredibiliti pimpinan kita, dengan menampilkan mereka dengan fitnah-fitnah atau tempelan-tempelan keji dan busuk. Sehingga pada satu tahap wujudkan rejection, ketidakpercayaan kepada pimpinan yang akhirnya membuahkan perpecahan dan melemahkan kekuatan organisasi.

Tidak ada bekalan lain yang lebih utuh bagi mendepani cabaran ini melainkan dengan ukhwah. Di mana selemah-lemah ukhwah yang mempertahankan organisasi ini adalah berlapang dada, dan setinggi-tinggi ukhwah yang menguatkan organisasi ini adalah melebih ikhwah lebih dari diri kita sendiri.

3.15 AM, Kota Samarahan, Sarawak.

Advertisements