Tags

, , , , , ,

48361680.cached

  1. Islam adalah agama Negara Brunei. Brunei mempunyai populasi penduduk seramai 429, 646.
  2. 338,562 (78.8%) adalah muslim, manakala 37,380 (8.7%) adalah beragama kristian, populasi kedua terbesar selepas
    muslim di Brunei.
  3. Larangan menyambut krismas dikeluarkan kepada orang islam dan mana-mana pusat membeli belah yang hendak menaikkan syiar krismas.
  4. Golongan kristian dibenarkan menyambut krismas, malah setiap tahun pada hari krismas adalah hari cuti umum bagi Negara Brunei.
  5. Di United Kingdom, walaupun penganut agama islam sebagai golongan kedua terbesar selepas kristian, mereka tetap tidak mendapat cuti umum sempena hari perayaan umat islam sepertimana penganut agama kristian di Brunei.
  6. Tindakan yang diambil oleh Brunei selari dengan semangat kebebasan untuk beragama di datam Islam di mana islam tidak memaksa golongan bukan islam memeluk agama islam tetapi mereka harus akur dengam undang-undang syariah negara sebagai undang-undang yang terpakai bersama. Golongan bukan islam bebas mengamalkan ritual agama mereka selagi mana tidak mengganggu kemaslahatan masyarakat islam.
  7. Islam adalah agama yg berprinsip dalam menjaga kesucian agama dan penganutnya, namun tetap lebih bertoleransi dari negara-negara sekular.
  8. Media Malaysia gagal menampakkan situasi sebenar dengan pelaporan berita yang tidak jetas malah menampakkan islam sebagai agama yang menindas. Ini bukan kali pertama, malah sudah banyak kali percubaan percubaan provokasi dilakukan ke atas islam dan institusi agama islam seperti Majlis Fatwa dan badan penguatkuasa seperti JAKIM dan lain- lain.
  9. Berhati-hatilah dengan media penghasut Malaysia seperti Malaysia Kini, The Malaysian Insider, The Malay Mail Online dan sebagainya yang mempelopori provokasi-provokasi terhadap islam dan institusi agama islam.

p/s: Saya pernah mengulas tentang provokasi media anti-islam dalam post yang lepas. https://nizzalsyafiq.wordpress.com/2015/08/09/dna-lembu-dalam-susu-lembu/

Nizzal Syafiq Bin Bostaman
Pengerusi
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Samarahan.
Msc. In Resource Biotechnology

Advertisements