Maqam-saad-Abi-Waqas-1

Para sahabat adalah generasi pertama yang mendapat sentuhan dan didikan  Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, para sahabat dan segala peristiwa yang berlaku ke atas mereka (menerusi didikan Allah melalui Nabi SAW) menjadi contoh dan model bagi umat islam selepasnya dalam membina manhaj atau sistem perubahan masyarakat dan negara. Syed Qutb menyifatkan para sahabat sebagai sebuah generasi Al-Quran yang unik yang hanya ada pada zaman itu dan tidak mungkin wujud generasi seperti itu selepas mereka.

Sempat saya bersembang dengan seorang sahabat, tersebut pula nama seorang sahabat Nabi SAW, iaitu Saidina Saad Bin Abi Waqqas RA. Jadi saya pun teringat betapa epiknya  sahabat ini di mana beliau adalah orang islam pertama yang merantau paling jauh dari tanah arab ke China untuk menyebarkan islam di sana. Beliau juga merupakan sahabat Nabi yang mahsyur, seorang ahlul badar, yang juga membawa maksud beliau adalah antara para sahabat yg terawal memeluk islam.

Beberapa peristiwa mgkin dpt diekstrak dan diambil pengajaran dari sudut strategi tajmik dan perluasan dakwah dalam penghantaran Saidina Saad RA ke China.

Pertama, beliau dihantar ke China utk menyebarkan dakwah atas arahan Khalifah Saidina Uthman. Sewaktu tiba di China menghadap Maharaja Yung-Wei (Dinasti Tang), Maharaja Yung-Wei menerima baik kunjungan Saidina Saad RA dan senang dengan agama yang dibawa atas sebab nilai agama islam yg hampir sama dgn nilai pegangan Confucious.

Dakwah islam dibenarkan untuk disebar dan diajar kpd masyarakat China. Bukan sahaja itu, Maharaja Yung-Wei menizinkan utk didirikan masjid pertama di China di daerah Chang-an yg masih kekal hingga sekarang. Adakah Saidina Saad RA buat kajian medan China, atau belajar bahasa China terlebih dahulu? Wallahualam, tak jumpa bahan yg mengiyakan sangkaan tu, apa-apa pun Saidina Saad RA memang seorang yg bijaksana dan berpengalaman.

Mungkin satu pengajaran di sini konteks strategi perluasan dakwah. Dlm kita mengkaji medan dan meluaskan tajmik, kita perlu menilai dan mengambil kira, kawasan keutamaan utk penyebaran dakwah, kampung mana atau medan mana yang latar belakangnya pro islam, atau yang senang dengan islam, atau tidak memusuhi islam dalam usaha kita hendak menyebarkan dakwah. Seperti mana ajaran islam yg dibawa Saidina Saad RA yg disenangi oleh Maharaja Yung-Wei dan masyarakat China.

Kedua, mungkin dalam konteks mad’u atau golongan yang ingin didakwahi. Kita boleh consider mad’u mana yg pro islam, atau pro kebaikan atau tidak memusuhi dakwah kita utk kita jadikan mad’u utama utk disentuh.

Seperti mana masyarakat China yg memeluk islam sewaktu di awal penyebaran islam di China kerana nilai ajaran Confucious yang dekat dengan nilai islam.

Ketiga, pada pemilihan Saad RA oleh Saidina Uthman utk sebar luas dakwah di medan baru mgkin ada pengajaran juga. Di mana Saidina Saad RA mempunyai ciri peribadi yg mantap, mgkin atas sebab itu Saidina Uthman memilih beliau utk ke China. Saidina Saad RA seorang yg serius, bijaksana, kaya dan dermawan. Disamping reputasi dan prestasi dakwah yg baik iaitu ahlul badar, ahlul uhud dan komander perang ke atas Parsi sewaktu zaman Khalifah Umar.

Jadi dalam kita menyusun strategi, mungkin lebih utama kita menghantar individu yg mempunyai peribadi yang mantap dan prestasi yg baik dalam dakwah bagi membina dan penyediaan tapak yg kukuh bagi pembinaan islam/tanzim di medan dakwah baharu sepertimana Saidina Uthman menghantar Saidina Saad Bin Abi Waqqas ke China.

Keempat. Bila kita siasat awal pengislaman Saad RA rupa-rupanya sahabat yg mentajmik Saad RA masuk ke dalam islam adalah orang hebat juga, iaitu Saidina Abu Bakar RA. Antara ciri yang terdapat pada Saidina Saad RA ini beliau adalah seorang yang serius, berprinsip dan bijaksana.

Jadi pengajaran di sini, kena contohi ketilitian Saidina Abu Bakar RA dalam usaha mentajmik orang Gred A mcm Saad RA. Dan ramai lagi sahabat Gred A ditajmik Abu Bakr RA antaranya 5 org dlm 10 org shbt dijanjikan syurga.

Advertisements