Tags

, , , , ,

kacang lupakan kulit

Kacang lupakan kulit.

Tarbiah membentuk sifat kepimpinan dalam dirinya. Dari dia yang tidak mampu untuk memimpin, akhirnya menjadi seorang pemimpin kepada diri dan orang lain. Bila dirinya sudah mampu memimpin, digunanya kemahiran itu untuk kejar jawatan di luar, diambilnya semua, diterimanya semua yg ditawarkan, hingga sibuk dan hingga tarbiahnya terabai, dan dirinya langsung hanyut kerana mengejar jawatan dan populariti.

Tarbiah membentuk skill pengurusan masa, dari dirinya yang tidak mampu mengurus masa sudah mulai cekap dalam mengurus masa. Tapi apabila tarbiah menuntut untuk dikorbankan masanya sedikit utk perjuangan, dirinya mula memberi alasan, ‘Asif akhi ana dah susun masa untuk perkara lain’. Berterusan begitu hingga dakwah disisinya ibarat hobi, dikerjakan kalaulah ada masa lapang.

Tarbiah memberi motivasi kepada dirinya, yang dari lesu, lemah semangat dan putus asa dalam pelajaran kepada orang yg bersemangat berwawasan dan bermotivasi tinggi. Namun apabila dituntut untuk berjuang turun ke medan, dia memberi alasan, ‘Maaf akhi ana rasa sem ni ana tak dapat nak aktif sangatlah, nak fokus sikit’. Dia lupa, tarbiahlah yang memapahnya di saat dia hilang harapan untuk berjuang menggenggam segulung ijazah.

Penglibatan dalam tarbiah telah banyak mendidik dan melatih diri kita, dari seseorang yang tidak punya apa-apa menjadi seorang yang hebat.

Tapi adakala kita gunakan manfaat yang kita peroleh dalam tarbiah untuk mengejar manfaat dunia, hingga mengabaikan tarbiah yang telah membina dan membentuk diri kita. Lantas langsung hanyut jauh entah ke mana hendak ditujunya.

Advertisements