Tags

, , , , , , ,

13087855_1188730567834154_3375136175470252299_n

Alhamdulilah semalam saya sempat berpeluang bagi turut serta dalam kerja dakwah berbentuk misi perubatan dan kemanusian anjuran Yayasan Ikhlas – Sarawak, I-Medik Sarawak dan Hikmah Sarawak.

Destinasi misi kali ini terletak di kawasan pedalaman Sarawak, iaitu Kampung Samalatong terletak di Simunjan, sebuah perkampungan kaum Iban. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Kuching untuk sampai ke destinasi melalui jalanraya yang beralun dan sempit. Kali pertama saya ke sini adalah pada tahun 2014.

13082745_1188730497834161_7873010884563385923_n

Lelaki dlm gambar di atas bernama Pakcik Saidi. Di kampung kecil ini dialah yg melaungkan azan, dialah yg melaungkan iqamat dan dialah juga menjadi imam di surau Kg. Samalatong. Kadang- kadang dialah imam dan dialah makmum di surau ini. Kalau bukan kerana usaha dia pasti syiar islam tidak kelihatan dan kedengaran di kampung ini.

Bukanlah tiada masyarakat islam di Kampung ini, tetapi hanya beberapa buah keluarga sahaja yang islam. Dan masyarakat yg sedia muslim di sini masih jauh dari kefahaman islam.

Melihat situasi ini mangajak saya bermuhasabah

1. Benarlah bahawa tarbiah dan dakwah adalah tunjang pembangunan masyarakat. Masakan kita dapat merubah realiti tanpa mendahulukan pembinaan umat. Melihat hakikat ini, kita perlu memberi keseriusan dan komitmen 100% dalam usaha dan perjuangan ini.

2. Ada ramai orang berpeluang utk mendapat nikmat tarbiah dan dakwah tetapi tidak bersyukur dan menghargai nikmat ini. Akan tetapi ada orang yg tidak berpeluang mudah utk mendapat nikmat sentuhan tarbiah dan dakwah tetapi apabila mendapat sentuhan tarbiah dan dakwah lebih menghargai nikmat2 ini dari kita.

Gambar kedua, Dalam misi ini juga saya turut sempat bersama doktor doktor sukarelawan membuat home visit. Rumah yg bertuah kami adalah rumah keluarga iban Encik Wini.

Melihat kesulitan keluarga Encik Wini membuat saya kembali melihat taraf kehidupan saya yg serba selesa dan senang berbanding keluarga yang serba dhaif ini.

En Wini tabah menjaga ibunya dengan perbelanjaan rawatan dan ubatan yg mencecah RM 500 sebulan. Setiap hari bekerja, sewaktu lunch hour beliau akan balik ke rumah bagi mencuci luka dan nanah ibunya. Kecintaan kepada ibu bapa adalah fitrah manusia walau apa sahaja agamanya.

Teruskan menyampaikan sumbangan ikhlas anda kepada Yayasan Ikhlas Sarawak.

Advertisements