Tags

, , , ,

image

Setiap kita pasti melalui waktu-waktu kecemasan yang menyebabkan kita tidak dapat menepati masa dalam menghadiri mesyuarat atau pertemuan. Namun di sana ada beberapa adab yang boleh kita amalkan apabila tidak dapat menepati masa:

1. MAKLUMKAN KELEWATAN

Maklumkan kepada ahli mesyuarat atau orang yang ingin ditemui bahawa kita tidak dapat menepati masa seperti yang dijanjikan.

Jika sebabnya tidak terlalu peribadi spt (hujan, kerosakan kenderaan etc), kongsikannya kepada ahli mesyuarat atau orang yang ingin kita temui.

Pemakluman sebegini penting bagi memastikan setiap ahli mesyuarat faham akan kesulitan yang kita alami dan juga mengelakkan berlaku sangka buruk orang lain terhadap kita.

2. RUNDING UNTUK UBAH MASA PERTEMUAN

Sekiranya dijangkakan kita terlalu lewat, cuba berunding bersama ahli mesyuarat atau orang yang ingin ditemui untuk dilewatkan sedikit masa mula mesyuarat, atau masa pertemuan.

Perkara ini lebih menjadi keperluan sekiranya kita adalah ahli utama dalam mesyuarat di mana keberadaan kita dalam mesyuarat atau pertemuan adalah satu keperluan.

3. MEMINTA MAAF & BERTERIMA KASIH

Dua perkara yang manusia selalu lupa untuk lafazkan adalah minta maaf dan terima kasih.

Sejurus kita sampai ke dalan mesyuarat atau pertemuan jangan lupa untuk lafazkan kata maaf atas kesulitan yang kita alami telah menyulitkan orang lain. Bila kita lewat, bukan sahaja masa kita sahaja terkesan, bahkan masa orang lain juga terkesan kerana menunggu dan menanti kita. Kata maaf mampu menyejukkan dan meredakan hati yang panas.

Jangan lupa mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada ahli mesyuarat atau orang yang ingin ditemui atas kesanggupan mereka untuk menunggu kita dan berlapang dada dengan situasi yang kita alami.

KESIMPULAN

1. Tidak menepati masa adalah maksiat tidak menepati janji. Tarbiah menuntut untuk kita menjaga masa. Penjagaan masa memerlukan kemahiran pengurusan masa. Ini adalah kerana masa adalah kehidupan.

2. Amalkan adab-adab yang sesuai jika mengalami kesulitan dalam menepati masa.

3. Sentiasa cuba untuk bersangka baik atas kesulitan menepati masa yang dialami oleh saudara kita. Kerana sebahagian dari sangkaan adalah dosa.

Advertisements