Tags

, , , , , ,

Zal084

Lejen tak lejen gambar 6 tahun lepas bhai. Haha. Menggamit jiwa.

Perkongsian pengalaman siri kedua ini bertujuaan nak memberi insights kehidupan semasa menunut di Asasi UNIMAS. Semoga bermanfaat.

Aku merupakan pelajar batch pertama asasi UNIMAS. Jadi pengalaman yang aku lalui mungkin berbeza dengan apa yang korang lalui

Dalam sharing ini juga aku kongsikan pengalaman junior, adik-adik usrah aku dari batch 2 sampai batch 6. Dalam siri kedua ini aku categorized randomly, kalau ada further question, korang boleh cari facebook aku Nizzal Syafiq dan pm, feel free bak bertanya, aku tak share nombo contact dan emel utk elak spam dan scam.

Berpuasa Di Asasi

Antara search term yang muncul dalam stats aku adalah berpuasa di UNIMAS. So basically puasa kat UNIMAS sama je dik. Menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Kahkah.

Kembali kepada main point, secara kasar di Borneo (Sabah Sarawak), solat adalah lebih awal 40 minit berbanding semenanjung. Bermaksud, in term of puasa, kau akan sahur awal (imsak around 4.50 AM), dan berbuka awal 6.30 PM. So in term of schedule pula, kau akan belajar macam bulan-bulan lain. Kalau budak asrama mungkin dah biasa, kalau budak sekolah harian mungkin satu pengalaman baru untuk kau.

Macam mana nak sahur? Well, masa zaman aku kafe tak buka, jadi aku dengan kroni aku beli makan awal-awal. Selalu nak berjimat dan cepat, beli mee segera je. Time sahur prepare mee segera. Kadang-kadang makan biskut je kalau nak simple. Tapi zaman terkini junior aku batch 6 beritahu kafe buka. Tapi be prepared lah, ramai orang dan kalau kau lmbt, mgkin terpaksa tunggu sampai nak habis waktu bersahur. Recommendation aku pada korang, makan kat bilik je. Jimat masa, tenaga dan duit.

Berbuka macam mana? berbuka of coz tak sesulit waktu sahur. Kafe buka, bazar ada di Desa Ilmu (aka DI). Macam-macam aneka makanan ada, dari lidah sarawak sampai semenanjung, semua yang common aku boleh kata ada, tapi biasalah, sesak! Restoran sekitar DI pun berlambak. Mudahnya, berbuka di sini bukanlah satu kesusahan.

capture-20140629-210311

 

Antara Matrik dan Asasi. Mana satu bhai?

Ini juga antara soalan famous yang ditanya. Secara ringkasnya aku menjawab Asasi merupakan satu pusat pengajian bawah kelolalaan universiti tempatan such as UNIMAS, UiTM, UM dan banyak lagi. Matrik pula di bawah kelolalaan Kementerian.

1. Masuk Asasi Ibarat Sebelah Kaki Kita Sudah Masuk Universiti

Kiranya kalau korang masuk asasi, diistilahkan sebelah kaki korang dah masuk universiti, tinggal nak masuk sebelah lagi. Bermaksud jaminan masuk universiti tu lebih strong daripada lepasan matrik.

2. Kouta Khas Degree Untuk Pelajar Asasi UNIMAS

Disebabkan asasi ni di bawah UNIMAS, maka UNIMAS melebihkan anak didikannya berbanding lepasan lepasan STPM dan matrik dari sudut kouta kemasukan ke medik/engineering degree nanti. Bayangkan kalau matrik, kau kena bersaing dengan pelajar matrik kau dan matrik lain seluruh malaysia, tanpa ada keistimewaan kouta, fully bergantung pada result kau. Ini berlaku di UNIMAS, tak pasti pula di pusat asasi sains lain.

3. Peraturan yang lebih longgar

Kebanyakan pusat asasi tidak terlalu mengongkong pelajar dari sudut keluar masuk universiti. Sebagai contoh asasi UNIMAS, UMS dan UM. Pelajar bebas keluar dan masuk kawasan kampus (sekiranya tiada komitmen akademik). Tiada curfew hours di asasi UNIMAS. Berbanding di matrik, pelajar hanya diberikan waktu keluar hanya pada waktu outing sabtu dan ahad, dan mempunyai limitasi waktu keluar dan masuk. Tidak pada asasi UNIMAS.

4. Pemakaian

Pemakaian di pusat asasi sains tidaklah terlalu strict, cukup berpenampilan kemas dan sedap mata dipandang pensyarah. Berbanding dengan pelajar matrikulasi yang biasanya mempunyai kod pemakaian yang lebih ketat iaitu kemeja dan baju kurung sepanjang waktu kelas.

5. Kenderaan Boleh Bawa Tak?

Kalau ikutkan memang staff kolej tak benarkan pelajar asasi UNIMAS bawa masuk kenderaan, tapi bila dah lama-lama nampak selamba sahaja pelajar bawa masuk kenderaan. Dan aku tak pernah dengar kes kenderaan disaman oleh pihak keselamatan. Kerana mmg undang-undang UNIMAS membenarkan pelajar untuk membawa masuk kereta sebagai kenderaan yang diguna seharian. Tapi di asasi UNIMAS, korang tak perlukan kenderaan pun, sebab bilik kulih semua walking distance, kafe, court futsa/basket/volley.

Senang Ke Nak Cari Barang Keperluan Harian dan Elektronik

Jangan risau, semua di atas bukan satu masalah. UNIMAS terletak berdekatan dengan pusat komersial desa ilmu. Di Desa Ilmu Kota Samarahan terdapat banyak pasar raya, kedai runcit, restoran-restoran, kedai elektronik, kedai roti, klinik, Shopping Complex, stesen minyak, mesin ATM dan banyak lagi kemudahan. KFC dan Pizza Hut pun ado. Dari kolej korang berjalan ke sini dalam 3KM je. Eloklah nak bakar lemak.

desa ilmu3

lfs-summer-mall

Sejujurnya masa bergelar pelajar asasi tahun 2010 aku tak pernah rasa susah pun nak dapatkan barang-barang keperluan harian. Even masa tahun ketiga degree laptop aku pernah rosak, dan aku beli di Wisma Saberkas (ala-ala Wisma Lowyat). Dan laptop tu sampai sekarang masih elok dipakai (sudah berusia 3 tahun). Pendek kata, jangan risau, semua ada!

wisma_saberkas-601x330

Ada Cuti Tak?

Of coz ada. Setiap sem ada cuti pertengahan semester, dihujung semester 1 selepas exam ada cuti sebulan. So kiranya tiap dua bulan tu mesti ada peluang balik. Tapi isunya duit tiket. Kalau korang berduit mungkin tiada masalah. Tapi personally bagi aku, waktu cuti ni ambillah kesempatan mengembara ke tempat-tempat menarik sekitar Sarawak, join persatuan-persatuan, contohnya PEMBINA UNIMAS (Persatuan Belia Islam Nasional Universiti Malaysia Sarawak). Sebuah persatuan pelajar rasmi di UNIMAS.

Tiket Flight Macam Mana?

Ada 3 syarikat penerbangan utama yang biasa aku dan student UNIMAS gunapakai. Iaitu Airasia, Malaysia Airlines dan Malindor Air. Yang membezakan ketiga-tiga airlines ni adalah pakej-pakej yang mereka sediakan dan harga tiket.

Selalu student memilih untuk menaiki AirAsia kerana ianya lebih murah, namun standard tiket AirAsia biasanya tak disediakan kouta drop luggage. Jadi kadang-kadang bila nak beli tiket flight sekali dgn kouta drop luggage Malindo Air dan Malaysia Airlines lebih murah dari AirAsia.

Kucc-29_resize_zpsec1b1234

Jadi bila dah bergelar pelajar UNIMAS ni selalu tengok-tengoklah harga tiket semua airlines, dan bandingkan yang mana berkenan di hati korang. Ada rezki dapat murah, kadang-kadang bila tempah tiket lambat tu memang mahallah harga tiket.

Sekian sampai sini sahaja. Apa-apahal korang komen je kat bawah. Insyalllah abam reply. Jangan segan pm aku kat facebook – Nizzal Syafiq.

p/s: tolong share di media sosial korang, sebarkan manfaat!

Advertisements