Tags

, , , ,

photo_2016-07-30_07-54-41

 

Tak melampau untuk saya katakan bahawa 50% daripada faktor kejayaan pengajian postgrade anda adalah memilih SV yang sesuai dan terbaik untuk anda. Sikap, karakter, dan latar belakang penyelidikan SV anda sangat memberi kesan dan pengaruh kepada projek master/phd.

  1. Berapa ramai pelajar master/phd yang telah berjaya dilahirkan di bawah potential SV tersebut? Kalau potential SV tersebut pernah melahirkan pelajar master dan phd itu adalah satu testimoni kejayaan dan kekayaan pengalaman potential SV tersebut. Jika hanya segelintir pelajar master/phd yang pernah dilahirkan, itu juga menggambarkan level pengalamannya dalam menyelia pelajar master/phd.
  2. Apa latar belakang dan kepakaran potential SV tersebut?. Adakah dia seorang yang pakar dalam bidang tersebut? SV yang pakar dalam sesuatu bidang boleh menjadi seorang penimbang tara/check and balance projek kajian anda. Orang yag mahir dalam sesuatu bidang pasti tahu selok belok bidang tersebut, pasti faham akan cabaran yang anda lalui dan pasti mampu memberi cadangan yang tepat terhadap projek kajian tersebut. Berbeza dengan SV yang tidak mempunyai kepakaran dlm sesuatu bidang, dia mungkin tidak mampu membimbing dan memahami keadaan projek kajian kita.
  3. Apakah sikap atau karakter yang ada pada potential SV tersebut? Adakah dia jenis suka push, jenis selalu follow up kerja? bagi saya ini karakter yang bagus kerana kita akan sentiasa dalam keadaan yang steady dan konsisten dengan kerja makmal dan penulisan kita. Kemudian adakah dia seorang yang mudah utk kita jumpa? atau dia seorang yang sangat sibuk? kadang-kadang ada potential SV yang pakar dalam sesuatu bidang, tapi tak dpt memperuntukkan masa untuk pelajar di bawah seliaannnya. Kebarangkalian untuk graduate on time (GOT) adalah sukar. Tapi ada pula SV yang sibuk tetapi mampu memberi hak dan perhatian kepada pelajar di bawah seliaanya.
  4. Ada geran kajian? geran kajian ni adalah peruntukan penyelidikan yang berjaya diperoleh oleh potential SV anda. Dengan geran penyelidikan inilah sumber kewangan bagi membeli segala barangan dan chemical yang diperlukan untuk kajian anda. Kalau gerannya tinggi, kemungkinan juga membolehkan anda untuk diberi gaji bulanan berkontrak dengan berkhidmat sebagai research assistant di bawah potential SV anda.

Untuk menjawab persoalan-persoalan ini memerlukan anda untuk mengambil masa untuk mengkaji dan menyiasat latar bekalang potential SV anda. Tanyakan kepada rakan master/phd anda tentang potential SV tersebut.

Ambil masa takpa, asalkan kita membuat kajian dan pemilihan SV yang terbaik untuk kita. Anda nak sambung master/phd ni bukan macam FYP. Ia adalah satu tahapan yang baru yang lebih mencabar. Saya tak pernah dapat tips begini masa awal-awal nak sambung master, semoga bermanfaat untuk semua!

 

Advertisements