Tags

, , ,

piktochart_extrovert-introvert-infographic_1200-800x563

“Akhi macam mana nak latih ikhwah introvert buat tajmik, ziarah, dakwah fardiah semua?”

Merenung soalan ini, membuat aku kembali kepada soal salah faham yang berlaku dalam memahami pembahagian personaliti/karakter ini. Atau lebih spesifik, salah faham sebenarnya berlaku dalam memahami apakah sebenarnya tujuan kita mengetahui personaliti/karakter individu.

Pada awalnya aku pun begitu. Majoriti memahami bahawa manusia ini samada kalau bukan introvert, maka dia extrovert. Dan ramai juga memahami bahawa kelemahan yang ada pada diri introvert dan extrovert adalah sesuatu yang tidak dapat diubah. Ini adalah satu konsep pemahaman yang salah.

  1. Contoh telahan orang introvert:

“Owh, saya memang tak boleh nak social dalam majlis-majlis keramaian ni. Maklumlah, saya ni introvert”

“Maaf. Saya tak boleh nak bercakap atau bagi tazkirah di depan orang ramai ni. Gugup!, maklumlah, saya ni introvert”

2. Contoh telahan orang extrovert:

“Aku kalau dalam mesyuarat, kalau aku nak kritik memang aku akan kritik terus terang, takkan berlapik. Aku memang jenis tak heran apa orang nak rasa. By the way, kan aku extrovert, thats why lah!”

“Aku ni memang cepat panas. Aku pantang betul kalau ada benda tak betul. Tambah-tambah lagi kalau kerja aku suruh tak buat mmg aku cepat angin. Biasalah kan, aku extrovert bhai”

Tujuan Memahami Karakter dan Personaliti

Tujuan kita memahami karakter diri kita adalah supaya kita mengenal kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri kita.

Dengan mengenali kekuatan diri, kita dapat menolak diri kita tahap yang lebih jauh, kita dapat mengembangkan potensi diri.

Manakala tujuan mengenali kelemahan diri adalah supaya kita dapat kenalpasti faktor penghalang kita untuk berkembang dan seterusnya minimise the damage yang berpunca dari kelemahan kita.

Mengetahui personaliti tanpa memahami tujuan kenapa kena tahu adalah sesuatu yang sia-sia dan merugikan.

Salah Faham Dalam Memahami Karakter dan Personaliti

Salah faham utama adalah dia akan menjadikan kelemahan personalitinya adalah sebuah tujuan untuk direalisasikan dalam diri dan kehidupannya, instead of menjadikanya sesuatu yang perlu diurus dan dikurangkan. Dia menjadikan kelemahan diri adalah alasan mengapa dia tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau perbuatan.

Orang introvert yg salah faham terhadap ciri kelemahan personaliti introvert akan menjadikan alasan bahawa dia adalah seorang introvert untuk mengelak bergaul dengan masyarakat, bercakap atau menyampaikan ceramah di hadapan orang ramai, memberi alasan dia tidak mampu bawa usrah, beri tazkirah, buat ziarah, melakukan kafilah dakwah atas alasan ‘ana introvert’. Dia juga akan sentiasa berasa teragak-agak dalam menyampaikan teguran.

Orang extrovert yang salah faham terhadap ciri kelemahan personaliti extrovert pula sering menjadikan kelemahannya sebagai alasan untuk tidak bersifat empati dan simpati terhadap orang lain. Dia menjadikan kelemahan extrovertnya sebagai alasan untuk tidak dapat bersabar dengan karenah dan kesilapan manusia, malas untuk menyelami hati dan perasaan seseorang, terburu-buru dalam memahukan sesuatu yang memerlukan masa, dan susah menerima sesuatu pendapat yang bercanggah dengannya walau pendapatnya salah.

Kelemahan Setiap Personaliti Boleh Diubah

Sebenarnya, kelemahan yang ada dalam setiap personaliti, samada introvert atau extrovert boleh diubah.

Seorang introvert sebenarnya boleh bercakap di hadapan orang ramai, boleh bergaul dan menyantuni manusia, boleh bersuara menyuarakan pendapat dan pandangannya. Boleh melakukan ziarah, dakwah fardiah dan tajmik.

Seorang extrovert juga sebenarnya mampu untuk bersifat simpati dan empati, mampu untuk bersabar dengan karenah manusia dan kesilapannya, mampu berdepan dengan ketidaksempurnaan, mampu untuk menerima pendapat dan mengkritik dengan berhemah.

Untuk mengubah kelemahan ini, memerlukan seseorang itu memahami dirinya, dan memahami apa yang dituntut agama ke atas hidupnya.

Sebagai contoh Allah mensyariatkan setiap muslim untuk menyampaikan nasihat dan dakwah. Namun, syariat ini bukan hanya diturunkan kepada muslim yang pandai bercakap (umumnya org extrovert banyak bercakap dan mudah bergaul), tapi seluruhnya termasuk orang introvert yang kurang bersosial. Jadi menjadi tanggungjawab muslim introvert yang memahami hakikat ini untuk mengubah kelemahannya dari pendiam kepada sekurangnya mampu untuk bergaul dan menyantuni orang lain.

Contoh yang lain, Allah mensyariatkan setiap muslim untuk bersabar dengan karenah mad’u. Syariat ini bukan hanya diturunkan kepada orang yang lebih mudah bersabar seeprti introvert, malah turut disyariatkan kepada extrovert yang susah untuk bersabar. Maka menjadi tanggungjawab individu yang extrovert untuk bersikap tenang dan sabar menghadapi ketidaksempurnaan, dan sikap manusia yang tidak ngam dengannya.

Kesimpulan

  1. Kelemahan personaliti adakah sesuatu yang boleh diubah. Mungkin starting point seseorang individu berbeza dengan individu yang lain. Ada orang ambil masa sekejap untuk membaiki kelemahan, ada orang yang mengambil masa lebih lama.
  2. Kelemahan personaliti bukanlah tujuan atau matlamat untuk dicapai dalam pembinaan personaliti. Sebaliknya ia adalah sesuatu yang kita kena kurangkan atau baiki.

Saya awalnya introvert, namun tarbiah dan dakwah membentuk semula personaliti saya kepada Ambivert.

462785a0b3805845fe8c4c371334eff2

Advertisements