Tags

, , ,

Apa yang membuat enta mahu stay lama di sini?

Soalan dilontarkan seorang akh beberapa tahun lepas, sebelum aku membuat keputusan untuk menyambung pengajian peringkat master. Sedang rancak bersembang dia bertanya, apakah faktor yang mendorong aku untuk bertahan lama di sini?

img_2505

Shot using Canon 60D, prime lens F1.8. Canselori UNIMAS, 2012

As time goes by soalan ini masih terngiang-ngiang di telinga. Kadang-kadang akan singgah semula bermonolog dalam hati apabila sedikit demi sedikit ramai sahabat seperjuangan mula balik untuk selamanya, back for good. ke kawasan masing-masing. Inilah suasana saban tahun, seorang demo seorang balik ke tempat asal masig-masing. Mungkin perasaan inilah perasaan ikhwah sarawak yang saban tahun menghantar, meraikan ikhwah yang akan pulang ke tempat asal masing-masing, menabur bakti di medan lain. Bumi ini bumi Sarawak tidak bersambung dengan mana-mana negeri kecuali Sabah. Kita mungkin susah untuk berjumpa selepas ini.

“Kalau enta masih dalam tarbiah, insyaAllah kita pasti akan bertemu lagi” nasihat yang pernah diberikan seorang akh kepada seorang akh yang bakal BFG. Betullah, manusia akan dihubungkan di atas agenda yang dikongsi bersama. Sepertimana manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar nanti dalam keadaaan berkelompok berdasarkan amal perbuatan masing-masing di dunia, begitu juga Allah akan mengumpul dan mempertemukan manusia-manusia yang dalam jalan perjuangan jihad fi sabilillah.

“Ana sambung sini sebab….”

Awalnya banyak keputusan hidup aku dipengaruhi oleh rakan baik sewatku zaman asasi dan 1st year degree. F dan H, walaupun berbeza gerabak mereka tetap kawan rapat aku, dulu.

“Aku ambil kos biotechnology sebab kurang field trip, banyak masa utk dakwah dan tarbiah, tak ganggu sangat dua ni berbanding kos lain”

“Aku akan stay sini utk sambung master”

“Aku akan tinggalkan penggerak sehebat aku atau lebih baik dari aku sebelum aku tinggalkan tmpt ini.”

Begitulah harapan yang mereka tuturkan, aku tidak ulas panjang. Tetapi yang pasti, isinya inspiring dan sgt memotivasikan aku untuk berniat dan bertekad perkara yg sama. Dialog ini membuat aku cepat matang dalam tarbiah. Walaupun mereka berdua pada akhirnya balik ke kawasan masing-masing selepas tamat degree. Kadang-kadang ucapan yang orang lain tuturkan, even bukan untuk kita, ianya sgt memberi kesan mendalam kepada diri sehingga mendorong untuk kita berkorban masa, wang ringgit dan jiwa hanya untuk dakwah dan tarbiah.

Nilai/value setiap amalan tu ada tingkatannya. Nilai sebuah amal yang dilakukan kerana dorongan keimanan berbeza darjatnya dengan amal yang dilakukan kerana keimanan yang bercampur baur. Dalam dakwah, kita berkorban bukan kerana ikhwah lain buat benda yg sama, bukan kerana mudah atau senang sesuatu kerja, bukan kerana ada ganjaran dunia yang bakal menanti, tetapi kita berkorban bulat dan bersih hanyalah kerana Allah. Itulah mafhum yang dapat dilihat dalam kehidupan para anbiyaa, dan para sahabat. Iaitu kesanggupan untuk berkorban itu lahir dalam hati yang mendambakan keredhaan, perhatian dan balasan dari Allah SWT sahaja.

Para sahabat yang hadir di khutbah haji wida terakhir Nabi dianggarkan lebih 100,000 orang. Tetapi hanya ada 10, 000 kubur para sahabat sahaja yang ada di tanah perkuburan Baqi. Kemanakah 90, 000 orang para sahabat yang lain, kalau bukan kerana mereka meninggalkan tanah lahir mereka, berjuang, mati dan dikuburkan di luar kawasan asal mereka. Ada dalam kalangan para sahabat yang merantau ke China, dikuburkan di Guangzhou,  antaranya Saad Bin Abi Waqqas. Antara ucapannya yang begitu memberi kesan mendalam kepada jiwa:

Kami datang ke negara China ini untuk mengembangkan Islam, kami tidak akan kembali lagi ke negara Arab, satu antara dua pasti akan berlaku samaada kami syahid di bumi China ini atau Islam tersebar di sini..

Semoga Allah menerima dan memberkati amal ribath di atas muka bumi Sarawak ini. Semoga aku dicatat dan digolongkan dalam golongan pengasas dakwah di Sarawak. Semoga lahir rijal-rijal, individu-individu soleh dan muslih di tangan dan kudratku ini.

Advertisements