Tags

, , , , , , , ,

Bila tiba Hari Guru teringat peristiwa 10 tahun lepas sewaktu tingkatan 3. 16 Mei 2007, ditimpa kemalangan disebabkan motor yang dibawa bertembung dengan motor berlawanan arah. Buku lali Kaki kiri patah dan dislocate 90 darjah. Terpaksa warded 2 minggu, tak bersekolah hampir 2 bulan, undergo major surgery letak satu plat besi dan 4 skru di buku lali kiri. Masih kekal sampai sekarang. Iron Man mmg wujud.

Tapi yang paling pertama saya ingat, bila tiba Hari Guru akan terpampang wajah-wajah murabbi yang mendidik. Sejak terpilih untuk berada dalam tarbiah mulai tahun 2010 saya telah dididik oleh dua insan yang juga merupakan cikgu. Seorang guru matematik, dia antara 5 orang pengasas dakwah di Samarahan (BFG tahun 2012), seorang lagi guru pendidikan islam, seorang pemimpin yang tenang dan kolektif, qudwah kepada aktivis lain.

Itu sedikit sentuhan pengalaman dalam penulisan ini.

Bila bercakap tentang Murabbi atau Guru, fikiran melayang kepada gambar rajah maratib amal yang digariskan oleh Iman As-Syahid Hasan Al-Banna.

Untuk mengembalikan kegemilangan islam, mahu atau tidak perlu bermula dengan pembinaan individu muslim. Saya yakin ramai memahami perkara ini, ramai juga boleh mengingati dan menceritakan perincian umum setiap fasa dalam maratib amal ini.

Tetapi apabila bercakap tentang pembinaan individu ramai yang hanya melihat dirinya seorang sahaja yang sedang dibina, kefahamannya hanya sekadar pada tahap itu. Dia tidak nampak atau faham bahawa satu beban sedang diletakkan di atas bahunya untuk dia juga bertanggungjawab kepada orang lain untuk memberi tarbiah, sepertimana murabbinya mentarbiah dirinya.

Bagi saya ikhwah dan akhwat yang mempunyai sikap begini pada hakikatnya gagal menghayati maratib amal yang pertama, iaitu membina individu muslim. Kita sering mengulang-ulang di mulut kita tentang kepentingan tarbiah, muwasofat tarbiah tetapi ironinya tidak mahu bawa usrah, tidak buat kerja dakwah fardiah.

Kita perlu tahu bukan sahaja diri kita ini perlu dibina dan ditarbiah, tetapi kita juga perlu membina orang lain. Itulah kesempurnaan kefahaman terhadap maratib amal yang pertama ini. Kefahaman yang benar terhadap maratib amal yang pertama akan membentuk kefahaman yang benar pada maratib yang seterusnya.

Sebagai contoh, bagaimana seorang al-akh berharap dapat membentuk keluarga muslim dan mentarbiah isteri serta anak-anak sebagai pendokong dakwah sedangkan al-akh tersebut tidak mahu membawa usrah, tidak mengambil berat tentangnya dan bermalasan dalam melakukan dakwah fardiah.

Seorang akh yang mampu membawa usrah dan melakukan dakwah fardiah sudah tentu dapat mendidik isteri dan anak-anak. Mereka mahir atau paling kurang pun mempunyai pengalaman berinteraksi dengan fitrah, jiwa dan emosi manusia.

Kita perlu kembali menilai semula niat kita di atas jalan dakwah ini. Adakah sekadar mahu jadi baik, bergaul dengan orang baik, mendapat pasangan yang baik. Alangkah kecilnya jiwa sekiranya itu yang diniatkan.

Barangsiapa yang berhijrah karena Allah dan Rasul maka ia akan mendapat pahala hijrah menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena dunia yang ingin diperolehnya atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka ia mendapatkan hal sesuai dengan apa yang ia niatkan.

Peranan Murabbi atau Guru yang mentarbiah individu adalah sangat penting dalam perjuangan dakwah. Malah dakwah ini berkembang kerana adanya individu-individu yang melakukan kerja tajmik, dakwah fardiah, dan membawa usrah.

Tugas ini juga adalah tugas utama Nabi dan para sahabat. Tugas sebagai murabbi ummah. Penyuluh jalan kepada manusia.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. [Ali-Imran:110]

Jom tolak diri kita menjadi Murabbi dan Guru ummah!

Advertisements