Tags

, , , ,

Alhamdulillah minggu lepas telah berlalu sesi viva untuk pelajar FYP. Batch kali ini merupakan batch ketiga yang di facilitate oleh aku dan pelajar postgrad lain. In few months masuk pula pelajar FYP batch keempat. Pantas betul masa berlalu, rasa tua pulak. Memang tua pun.

Setiap pelajar ada bermacam ragam dan perangai. Ada yang memberi komitmen penuh dengan tugasan makmal, ada yang tenggelam timbul mengikut mood, ada juga yang jarang-jarang nampak masuk ke dalam lab, senang cerita boleh kira lah berapa kali dia buat kerja.

Peluang bersama pelajar ini aku ambil untuk belajar cara interaksi dengan pelajar. Aku akan manfaatkan waktu-waktu lapang dalam makmal untuk mengajak berbual. Bagi yang lelaki biasanya aku ajak sekali lunch, bagi yang perempuan sekadar dalam makmal, tak syarie, tak manis dan tak sedap utk hati aku keluar makan dengan perempuan.

Bagi aku sebagai seorang aktivis dakwah, mendidik itu bukan semata-mata pada ilmu akademik, tetapi pendidikan juga perlu merangkumi pembinaan cara fikir dan kematangan emosi.

Ada dua orang pelajar dalam batch 2016/2017 ini yang aku reflect dan belajar sesuatu daripada mereka tentang erti kehidupan.

Ada seorang pelajar ni yang jarang sekali masuk ke dalam makmal. . Komitmennya lemah, mock presentation tidak hadir. Aktiviti terakhir pelajar iaitu spring cleaning pun dia tidak hadir. Tanpa usul periksa aku terus mark dia ni sebagai pelajar yang bermasalah.

Surpisingly, pada lewat petang hari spring cleaning, sewaktu aku ingin bersiap untuk pulang ke rumah pelajar ini datang ke makmal.

“Eh. H*****. Actually spring cleaning dah habis 3 jam lepas” tuturku selepas menjawab salam darinya.

“Saya tahu bang. Saya betul-betul minta maaf tak dapat join sekali tadi”

“Oh takpa. Its ok. Barang awak semua kawan-kawan awak dah tolong kemas.” aku balas, teringat bau tengik broth/blended bawang yang mengisi segenap ruang makmal masa spring cleaning tadi. Kuat betul baunya. pes bawang itu dia yang punya.

Aku mengajak dia duduk di sebelah.

“Saya dengar dari rakan lain abg masuk lab awal pagi tadi?” tanya dia.

“Ya saya masuk awal. Awak kata nak datang lab awal sebab nak kemas awal. Jadi saya pun masuk lab lebih awal, dlm pukul 8.30 pagi tadi. Tapi awak tak datang pun tadi. Terlupa ke?”

Mukanya mula menunjukkan rasa serba salah.

“Saya minta maaf sangat-sangat bang. Harini saya ada dua presentation. Pagi tadi satu dan baru tadi yang kedua. Saya tak sempat untuk masuk ke lab pagi tadi” ujarnya.

“Oh mcm tu. Its ok lah. Benda dah selesai dah pun. Presentation apa tadi?” sengaja meneruskan perbualan.

“Actually sem ni saya repeat dua subjek bang. Saya tak tahulah. Ada subjek yang sama dah kali ketiga saya repeat. Saya tak tahu apa masalah saya” balasnya.

Aku mendengar luahannya. Nampak dari raut wajahnya desperate untuk menyelesaikan masalah ini.

“Saya tahu dalam lab ni saya paling lambat dan slow berbanding rakan yang lain. Yang lain saya nampak sangat laju. Saya pula jauh kebelakang”

“Actually H***** memang itu yang saya nampak pasal performance kamu. Saya nampak komitmen kamu agak lemah berbanding yang lain. Kamu ada apa-apa masalah ke?”

“Takda bang. Cuma masalah repeat subjek je lah”

“Saya nampak kamu ada masalah lain. Bagi saya masalah kamu adalah kamu tak berminat dengan yang kamu tengah buat sekarang”

Dia mengangguk setuju dan mengiyakan dengan bersungguh.

“Saya nampak dalam insta kamu aktif buat kerja volunteerism. Kamu macam minat ke arah perkara yang macam tu kan?”

“Betul bang. Memang saya ambil biotech ni sebab parents suruh ambil bio. Dan saya ambil biotech pun sebab sini tempat yang paling dekat dengan rumah untuk ambil subjek bio” balasnya. Teringat perbualan dengan rakan serumah tempoh hari. Mak bapak sekarang ni kena diajar yang ambil perubatan dan engineering takda masa depan. Aku setuju juga, betapa ramai pelajar yang sambung pelajar bukan sebab minat sendiri, tetapi sekadar memenuhi hasrat parents.

“Macam ni lah H*****. Pertama, jangan rasakan yang diri kamu ni teruk. Kamu mungkin tak sekomited rakan FYP yang lain. Tapi apa-apa pun kamu dah berjaya mengharungi FYP. It wasn’t easy, but yet you have reached this far dalam keadaan kamu tak minat, which is satu personal achievement yang sangat besar untuk diri kamu. Kamu kena rasa tu.”

“Memang betul apabila kita buat sesuatu yang kita minat, kita akan pergi extra miles dalam apa yang kita kerjakan. Walaupun pulangannya mungkin tak seberapa, tapi personal satisfaction is a part of reward.”

“Tapi kalau kita ditakdirkan untuk menghadapi atau melakukan apa yang kita tak minat. Buatlah sehabis baik, dont go below minimum. Sebab kadang-kadang dalam hidup ni kita tak selamanya akan buat apa yang kita minat sahaja. Adakala kita akan berhadapan dengan benda yang kita tak suka.”

“Saya kongsikan sikit maksud ayat alquran, dalam kehidupan ini boleh jadi sesuatu yang kita suka itu sebenarnya tak baik pun untuk kita. Boleh jadi sesuatu yang kita tak suka, tapi benda tu adalah yang terbaik untuk kita”

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui [Al-Baqarah:216]

“Saya pernah dapat nasihat dari seorang kawan. Dia menasihat saya bahawa sepanjang kita mengemudi kehidupan kita, kita kena banyak meminta dan berdoa kepada Allah supaya disempurnakan petunjuk dalam segala apa yang kita kerjakan. Kita kena minta kepada Allah petunjuk apa kerjaya atau perbuatan yang terbaik untuk kehidupan kita. Allah ni jadikan setiap manusia dengan fungsi yang unik. Contoh mcm awak minat kerja volunteerism, maybe itu bidang yang mampu tolak awak kehadapan.”

Rabbana ‘atina mil-ladunka Rahmataw wa hayyi lana min amrina rashada.

Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami. [Surah AlKahfi:10]

“Rakan awak yang lain mungkin terkehadapan dalam kerja makmal. Tapi kalau dalam bidang volunteerism belum tentu mereka akan jadi sehebat dan terkehadapan seperti awak. Apa yang lebih penting adalah dalam segala apa sahaja yang kita lakukan, buat sehabis baik. Walaupun benda itu adalah benda yang kita benci.”

Banyak lagi yang kami bualkan. Cukup sekadar ini sahaja. Aku fikir memang inilah minat dan passion aku. Mendidik, mentoring, coaching orang sampai berjaya. Aku rasa puas melihat orang berkembang, berjaya di bawah aku. Sebagaimana aku merasa puas apabila dapat membentuk anak-anak usrah aku menjadi pemimpin, daie dan aktivis dakwah.

Aku hidup dengan dengan impian Saidina Umar Al-Khbattab RA. Tamannau.

Aku doakan agar semua duck-duck FYP maju jaya dalam perancangan kehidupan masing. Selamat melangkah ke alam dewasa yang penuh cabaran dan tanggungjawab. Ada jodoh berjumpa lagi insyaAllah! Jangan lupa bayar PTPTN.

Yang ikhlas
Pendidik Ummah

p/s: Oh yang pelajar satu lagi tu aku dah story kat facebook aku. Malas nak pulak nak hurai panjang sini.

Advertisements