Tags

, , , ,

Kisah tahun 2011 ini aku nukilkan di facebook tahun lepas, aku rasa menarik untuk dikongsi di sini. Alang-alang menambah stok penulisan, dan mengembalikan mood menulis di laman ini.

______

“Kami dianiya”

Sewaktu menuntut di asasi uimas 1st batch, antara buah mulut pelajar ketika itu:

“Aku lepas asasi ni aku nak apply degree di universiti kat semenanjung”

Masing-masing simpan hajat nak sambung degree di semenanjung, tanpa mengetahui yang sebenarnya pelajar asasi unimas TAK BOLEH apply universiti lain untuk sambung degree kecuali UNIMAS.

Aku sendiri, sudah tanam dlm hati nak sambung semenanjung. Maka masuklah semester kedua, dan isu semakin hangat jadi buah mulut, tiba hari apply UPU, semua no IC student asasi unimas tak dpt key in dlm sistem application. Apakah? ramai pelajar kehairanan, kenapa student asasi UNIMAS tak dapat apply UPU untuk degree?

Dan suara student makin kuat, staff akademik buat perjumpaan bersama, ketika itu Prof Sinin menggantikan Prof Taj yg outstation kerana ada urusan rasmi. Aku datang ke perjumpaan tersebut dengan satu soalan untuk clear kan semua persoalan yang bermain di kepala. “Dapat sambung ke tak sebenarnya?”

Beberapa orang pelajar bangkit bersuara, aku turut sama. “Mengapa kami tak boleh sambung di semenanjung? kenapa tak dimaklumkan yang kami wajib sambung di sini awal-awal lagi? KAMI DIANIAYA!” aku tuturkan pada timbalan dekan.

Staff akademik kekal dgn jawapan yang sama, tak boleh sambung degree kat universiti lain. Disebabkan nak mengurus ketidakpuasan hati. Nah, sebuah temujanji telah disusun oleh staff, temujanji/mesyuarat antara Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Asasi UNIMAS (JPPU) dan TNC akademik UNIMAS, Prof Fatimah di pejabat canselori. Budak baru umur 18 tahun ini dilayan professional untuk meeting dengan TNC. Hows that?

Kami berbincang dlm meeting, dan kami redha sahaja selepas dengar penjelasan TNC. Memang adalah polisi dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang tak dapat diubah oleh UNIMAS, pelajar asasi UNIMASwajib sambung ijazah di UNIMAS. Dengan muka redha kami pulang ke Kolej Seroja, pasrah, kau tok nang sik boleh sambung degree rah semenanjung.

Apa hasil meeting?

Bermula dari batch kedua, laman web confirmation penerimaan asasi UNIMAS sudah ada makluman, bahawa pelajar asasi tidak dapat mohon UPU dan wajib sambung di UNIMAS. Masa kami dulu takda, kami main tekan je OK!. Patutlah muka junior time MAP muka redha je. memori.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (Surah. Al Baqarah:216)

Itulah mungkin antara memori yang dibanggakan untuk diceritakan kepada pelajar atau bekas pelajar asasi UNIMAS.

Hidup ini terdedah kepada dua kebarangkalian. Boleh jadi sesuatu yang kita senang tidak baik untuk kita, boleh jadi sesuatu yang kita benci baik untuk kita. Boleh jadi, kan?

Advertisements