Tags

, , , ,

Sempat tadi berbual di Cafe Kehidupan dengan seorang ikhwah yang baru seminggu menjalani Latihan Industri (LI) di Kuching. Letih katanya. Walaupun kerja tidaklah kompleks tetapi keletihan tetap dirasai.

Ada pula yang berkongsi cerita LI di tempatnya membosankan, tiada kerja diberikan. Ada pula yang cukup seronok memberi kambing makan (tugasan semasa LI). Sedikit sebanyak teringat pengalaman sendiri menjalani LI pada tahun 2014 yang lepas di Fisheries Research Institute (FRI) di Kuching. Foto di bawah adalah pemandangan di belakang FRI Kuching.

Namun dalam penulisan ini bukan hendak bercerita tentang pengalaman LI yang pelbagai ragam, tetapi dalam penulisan ini aku ingin menulis tentang kehidupan aktivis dakwah apabila mula melangkah ke dalam alam pekerjaan.

Perbualan dengan ikhwah tadi mengingatkan aku dengan sebuah dialog antara aku dan seorang ikhwah yang sudah bekerja dan berkeluarga sekitar tahun 2012 di dalam sebuah program tarbiah.

“Doktor, ana rasa berdakwah time student ni lagi mencabar. Sebab kita berdepan dengan exam dan ujian yang berkala. Assignment datang selit menyelit antara semasa ke semasa. Masuk final year, jgn katalah. Bertambah sibuknya!”

Dia rileks dengan selamba dan yakin;

“Enta tunggu lah nanti bila dah bekerja dan berkeluarga…”

Pada waktu itu baru dua tahun bersama gerabak tarbiah. Mungkin masih mentah dalam menjalani kehidupan seorang aktivis dakwah, mungkin juga belum mendapat ufuk pandang yang luas tentang hakikat perubahan fasa kehidupan kerana masih selesa bergelar mahasiswa.

Perubahan Fasa Kehidupan

Namun apabila masa berlalu, tahun demi tahun, ufuk pandang kita pada perubahan fasa dalam kehidupan mula berubah. Kita mula merasa ingin bekerja dan cari duit, ingin sambung belajar, berkahwin dan sebagainya. Kita mula sedar dan explore fasa-fasa ini. Kita mula membaca, menambah ilmu, bertanyakan kepada orang-orang yang sudah melalui fasa ini didorong dengan sifat ingin tahu dan perubahan fasa dalam kehidupan kita yang semakin berubah semasa ke semasa.

Apabila kita melangkah ke dalam alam pekerjaan. Seorang aktivis dakwah mula sedar dan terasa masa mereka semakin singkat, tidak seperti ketika di alam mahasiswa.

Seawal pukul 5.30 pagi kita mula bangun untuk bersiap ke kerja. Mandi, sarapan, dan menuju ke tempat kerja untuk check-in, punch card sebelum pukul 8 pagi. Kemudian setelah itu kita mula melakukan kerja-kerja yang dituntut dalam deskripsi tugas tersebut. Masa rehat pula biasanya hanya satu jam sahaja. Itulah masa untuk makan tengahari dan solat. Kemudian menyambung rutin kerjaya hingga pukul 5 petang. Selepas itu pula pulang ke rumah mungkin sampai pukul 6 petang dengan membawa segala keletihan dan stress bekerja. Persiapan diri, makan malam, solat sehingga pukul 8.30 malam.

Tinggal lah masa yang tersisa antara 8.30 malam hingga 12 malam. 3 jam 30 minit untuk betul-betul memikirkan, menjalankan amanah dakwah dan tarbiah.

itulah masa yang berbaki yang perlu diguna untuk menjalan rutin dakwah dan tarbiah seperti membuat persediaan membaca bahan usrah, mengulang hafazan, menjalankan tindakan yang diamanahkan, menghadiri mesyuarat, follow up anak buah usrah, ziarah anak buah, menjalankan usrah bawah, follow up tugasan dakwah dan segalanya bersangkut paut dengan komitmen kita memperjuangkan agama ini.

Satu perubahan fasa dan suasana yang cukup berbeza ketika kita berada di alam universiti.

Atas sebab itulah ramai juga aktivis muda yang tenggelam timbul, lost apabila pindah ke kawasan lain, hilang dari radar, tidak dapat dihubungi, meminta untuk berehat sekejap dari komitmen D&T untuk stabilkan kehidupan, atau langsung memilih untuk berhenti dari segala benda bersangkut paut dengan ini. “Jangan contact ana lagi!”

Sayang, semangat juang yang ditunjukkan ketika zaman belajar hilang entah ke mana. Tiada lagi aura seorang pejuang, tiada lagi kelantangan membela agama, tiada lagi kesungguhan yang dulu, sebaliknya kelihatan dia mula tenggelam dengan dunia, mula disibukkan mencari harta dan wang ringgit, mula menyibukkan diri dengan perkara-perkara mubah. Aduhai sayangnya, insan yang dipupuk dan dibentuk dengan acuan tarbiah islamiah yang bertahun mula hilang identitinya, cair jatidirinya.

Moga Allah menyelamatkan mereka, moga Allah memelihara kita.

Atas sebab itu jugalah selalu didendangkan pesanan cliche pada telinga setiap ikhwah dan akhwat sewaktu dibangku alam universiti, cliche tetapi cukup bermakna dan perlu ditekuni maksudnya

Cabaran untuk istiqamah dalam dakwah dan tarbiah akan semakin sukar apabila kita mula melangkah ke alam pekerjaan, seterusnya semakin bertambah lagi kesukaran apabila melangkah ke alam mendirikan rumahtangga. Seterusnya semakin sukar apabila mempunyai seorang anak dan bertambah kesukarannya apabila bertambah lagi anak.

Ikhwah

Sibuk ni takkan selesai, sampailah mati. Begitu juga kestabilan hidup, dah nak tua, nak mati barulah agaknya stabil kehidupan. Takkan dah nak mati baru nak aktif berdakwah.

Selalu dengar nasihat orang dah bekerja dan berkeluarga. Siapa ketika zaman belajar gagal urus masa dan hanya yg tunggu masa lapang dan masa stabil untuk beri komitmen urusan dakwah dan tarbiah mmg takkan dapat beri komitmen selepas zaman belajar.

Zaman bekerja lebih mencabar, zaman berkeluarga bertambah lagi cabarannya. Zaman anak seorang bertambah lagi cabaran, dapat lagi anak, bertambahlah lagi cabaran. Takkan henti menerima cabaran dunia sampailah mati.

Mentally Prepared

Kita yang masih belajar kena mentally prepared. Inilah cabaran yang bakal dihadapi sesuai dengan peruabahn fasa dalam kehidupan. Zaman belajar kita perlu elak sehabisnya untuk memberi alasan.

Carilah kerjaya yang baik untuk agama dan kehidupan kita.

Carilah pasangan hidup yang baik untuk agama dan kehidupan kita.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Al-Ankabut: 68)

Teringat akan sebuah tazkirah yang pernah disampaikan seorang ikhwah:

Ikhwah yang mampu urus masa dan kehidupan semasa zaman belajar pasti akan dapat urus masa dan kehidupan semasa bekerja dan berkeluarga

Belajar mengurus masa dari sekarang. Bukan sudah teruji dengan kerjaya dan keluarga baru kita hendak belajar mengurus masa.

“Berangkatlah kamu, baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui” (At-Taubah: 41)

Mukhayyam 2011

Kenangan Mukhayyam 2011

Advertisements