Tags

, , , ,

Tempoh kehidupan di dunia ibarat seorang musafir yang singgap berteduh sekejap di bawah pokok sebelum meneruskan perjalanan.

Saya bertanya soalan kpd anak usrah. Enta rancang nak hidup berapa lama?

Semua tersentak, mungkin sebab pelik dengan soalan. Masing-masing memikirkan jawapan, mencari angka berapa lama agaknya tempoh rancang nak hidup.

“Saya dalam 70 bang”
“Dalam 80 kot”
“Saya dalam 56” semua gelak, awal juga rancang nak mati. Eloklah sangat lepas pencen ya.

Tetapi semua setuju yang masing-masing semua ada tempoh hidup.

Semua setuju yg bila tiba satu masa masing-masing akan mati

Semua setuju dan percaya akan masuk ke dalam alam kehidupan yang sebenar lepas mati.

Dari situ timbul persoalan dalam benak fikiran. Apa bekalan yg hendak dibawa dalam tempoh hidup sementara ini ke kehidupan kekal yang seterusnya?

Panjang atau pendek masa hidup kita, ia tetap pendek.

Nabi mengumpamakan tempoh kehidupan manusia ibarat seorang musafir yg singgah berehat dan berteduh di bawah pokok sebelum meneruskan perjalanan. Berteduh sebentar di bawah pokok itulah tempoh kehidupan sementara kita.

Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan

Dalam tempoh itu kita ambil bekalan berupa tenaga, makan minum, mengisi minyak utk meneruskan perjalanan. Kalau tak cukup persiapan dan bekalan, kita takkan berjaya sampai ke destinasi yang ingin dituju.

Begitulah juga kehidupan kita ini, ia hanya tempat utk kita kutip bekalan utk kegunaan selepas mati. Bekalan itu adalah amal soleh kita.

Dalam kesempatan berteduh di bawah pohon rendang itu ada manusia yang terlalai dan leka. Mereka begitu selesa, asyik dan terlena berehat di bawah pohon itu. Ditambah lagi sekiranya pokok itu berbuah lebat, dihembus dengan angin sejuk yang nyaman, sehingga dia terlupa perjalanan sebenarnya.

Orang yang sedar akan lihat dunia ini sementara sahaja. What matters is afterlife. Jadi dia bertindak, merancang untuk kehidupan sebenar dia selepas mati.

Ada orang yg tertipu. Dia tertipu dengan perhiasan yg ada dalam dunia sementara ini. Matlamat hidupnya pendek seperti mana pendek hayatnya di kehidupan sementara. Dia hidup, dia kejar semua, tapi tiada satu yang dia kejar membawa manfaat pada kehidupan abadi.

Orang yang mula sedar kena reset semula objektif, matlamat, dan tindakan yang dilakukan di dunia. Dia akan memastikan pada akhirnya apa sahaja yang dia lakukan di dunia akan memberi kebaikan untuk kehidupan selepas mati.

Bersusah sikit sebab mengutip bekalan dan terkurang menikmati dunia tak mengapa. Kerana susah kita adalah untuk membina singgahsana yang kekal abadi.

Apalah guna senang di tempat sementara ini, tapi susah dan melarat di kehidupan yang kekal abadi.

Advertisements