Tags

, , ,

 

Budak junior bertanya.

Bang, kalau ada pesanan yang abang akan bagi kepada kami semua budak-budak baru masuk universiti ni agaknya apa pesanan itu?

Sebelum aku jawab, aku puji dulu.

“Matang gila kau dik. Abang dulu zaman asasi takde pun nak fikir soalan macam ni. Apasal kau matang sangat. Mesti hasil KBAT masa sekolah.

Abang dulu zaman-zaman korang paling tinggi matlamat pun dapat result cemerlang dan nak masuk medik. Lepas tu setiap minggu berharap bilalah Kyuubi nak bergabung sepenuhnya dengan Naruto.”

1. Kewangan

Dik kalau kau nak tahu semua benda dalam kehidupan ni perlukan wang.

Mungkin kau takkan dapat brain benda ni sampailah bila kau dah nak habis belajar, kau nak melangkah fasa kehidupan bekerja dan berkeluarga baru tiba-tiba kau akan dapat kesedaran tentang kestabilan kewangan.

Di waktu muda kau sekarang segalanya mak bapak kau tanggung. Kau tak rasa serba salah pun sebab mungkin parents kau masih muda. Mereka pun mudah nak hulur duit.

Di fasa ni kau pun hanya fikir pasal diri sendiri. Kau nak snack plate kau beli. Kalau nak starbucks kau beli. Sehari belanja RM 20 terasa takda apa. Sebab takda komitmen kewangan lain kau perlu bagi perhatian. Yuran mak bapak tanggung, elaun sara hidup dapat free. Bertambah masyuk bila dapat biasiswa.

Point abang nak bagi kat sini kau kena belajar menyimpan duit dari sekarang. Aku faham korang tak rasa urgensi waktu sekarang tapi serius benda ni antara perkara pertama aku menyesal tak mula seawal umur korang.

Ilmu kewangan belajar mulai sekarang. Sekarang di media sosial banyak sangat ilmu-ilmu tentang kewangan orang kongsikan. .

Strategi menyimpan duit, pelaburan, pembelian rumah pertama, pembelian kereta, cara mendapatkan duit sampingan ketika zaman belajar dan banyak lagi.

Abang hairan kenapalah dulu news feed aku tak banyak orang share pasal kewangan. Mungkin circle of friends dulu rakan sebaya, mana kau nak tahu pasal kewangan kan. dan mungkin dulu teknologi perkongsian ni tak serancak sekarang.

So kalau kau rasa member kau pi travel, pi belanja awek makan, buat birthday party, jalan sana sini, sekejap Nandos, sekejap Manhattan fish, sekejap Hokaido cheese tart, kau rileks je. Sebab cabaran real life kau yang kau nak hadapi lebih besar dari benda-benda ni.

Beberapa hadis menjadi inspirasi kita sebagai muslim:

a) Allah berfirman berhubungan soal keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan

Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah engkau mengulurkannya denagn sehabis-habisnya. (Al-Isra: 29)

b). Tentang berjimat cermat

“Sesungguhnya pembaziran itu adalah saudara kepada syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya” (Al-Isra’:27)

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda

“Orang yang berjimat tidak akan menyusahkan orang lain”

Imam Hasan banna dalam Majmuk Rasail berkata hadis ini merangkumi individu dan sebuah bangsa.

c). Harta yang terbaik

Rasulullah SAW bersabda:

“Harta yang terbaik adalah harta yang baik milik lelaki yang baik”.

d) Fitnah harta

“Sesungguhnya setiap umat mempunyai fitnah, dan fitnah bagi umatku adalah harta” (Riwayat Tirmizi)

e). Doa dalam zikir mathurat, elak dibebani hutang dan elak dijauh sifat kedekut dan dibelenggu kemiskinan.

2. Kematangan

Doa sungguh-sungguh kat Allah, minta supaya kau jadi matang.

Dik antara benda yang abang rasa menyesal kenapa takda benda ni dulu zaman muda-muda universiti ni adalah berfikiran matang.

Apa yang abang maksudkan matang adalah kau mampu berfikir dan bezakan apa benda baik dan buruk untuk kehidupan kau. Of coz rujukan korang adalah agama. Itulah sumber kita nak tahu sesuatu perkara baik atau buruk untuk kita.

Ikut tarbiah ni selain korang enjoy dan santai, kau kena niat nak jadi matang beyond your ages. Alhamdulillah aku ikut tarbiah sejak asasi dan aku harapkan korang semua tetap istiqamah dalam ni. Abang tahu korang setiap minggu sentap tapi benda tulah yang jadikan korang matang dan serius dalam kehidupan.

Bila kau minta pada Allah untuk kau jadi matang beyond your ages, Dia akan bagi kau sedikit cabaran dan kesukaran. Hanya dengan menghadapi cabaran hidup ni melatih kau untuk jadi kuat.

Kau jangan expect dgn hidup mudah kau akan berkembang dan matang. Kau boleh minta pada Allah untuk dimudahkan urusan tapi kau lebih kena minta pada Allah supaya kau diberikan kekuatan, dorongan (taufiq) dan petunjuk (hidayah) dalam menjalani segala urusan hidup. Amalkan doa ini

Rabbana ‘atina mil-ladunka Rahmataw wa hayyi lana min amrina rashada.

‘Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.” [Surah AlKahfi:10]

Moga-moga Allah akan berikan kesempurnaan petunjuk yang lurus dalam segala urusan kehidupan kita.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya Rabb-mu kagum kepada seorang pemuda yang tidak memiliki sifat sobwah (kejahilan dan kekanak-kanakan)”.

Apa benda sifat sobwah?

a). Perangai budak-budak. Taknak, tak mahu, tak sanggup nak pikul tanggungjawab. As kita melangkah dewasa ni tanggungjawab akan bertambah. Kalau ada sifat sobwah dalam diri kau jadilah kau lelaki dayus yang takut akan tanggungjawab dan cabaran hidup.

b). Suka aktiviti atau perkara sia-sia. Masa muda dihabiskan dengan membuang masa dan buat benda lagha. marathon movie tapi lab report dan assignment buat last minute. Main game tiap malam berjam-jam lamanya. Lepas tu salahkan usrah sebab tak cemerlang.

Kematangan bukanlah pada usia, tapi pada hikmah dan kebijaksaan yang ada pada diri.

Masa muda macam kau ni cuba kau ambil sekeping kertas dan kau catat apa yang kau impikan, apa skil hidup yang kau nak kuasai, apa bahasa baru yang kau nak kuasai, apa buku yang kau nak baca, apa resipi memasak yang kau nak cuba.

1 tahun asasi/matrikulasi dan 3/4 tahun degree. Banyak gila masa sebenarnya, tapi kau isi dengan movie dan game, skil tak berkembang, duit habis. Hidup rabak.
_______________________

Rasa macam banyak lagi nak membebel. Tapi biarlah dua perkara ni dulu untuk kau renung sebelum tidur. Ada kesempatan lain aku sambung membebel.

Moga-moga nasihat ini memberi manfaat dan inspirasi buat pelajar-pelajar yang bakal dan baru masuk ke alam universiti.

p/s: ni budak asasi interview tanya soalan chemistry. Tapi aku biotech. Nasib baik chemist masa asasi dua-dua sem dapat A