Tags

, , , , ,

Pejam celik, pejam celik baru tersedar, sudah 5 tahun rupanya berada di bumi Sarawak. Teringat ketika hari surat tawaran sampai ke rumah, tak sangka betul dapat Sarawak. Pada ketika itu hati berbelah bagi, aku perlu tunggu keputusan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) JPA atau menerima tawaran UPU Asasi Sains Hayat di UNIMAS. Pada masa tu dah tak pandang dah nak belajar dalam negara, confident sangat dapat tajaan PILN dan belajar medik di RCSI Ireland.

123-St-Stephens-Green2

Takdir Allah mendahului perancangan kita

Pada hari keputusan PILN diumumkan online, ditakdirkan rezeki itu bukan utk melanjutkan pengajian di bawah PILN. Hancur luluh hati, mak bapa jangan tanya, kecewa habis. Pada masa keputusan keluar pendaftaran di Asasi UNIMAS sedang berlangung, dan aku baru terkapai-kapai nak membaca syarat-syarat, mengisi borang-borang yang diperlukan dan sebagainya. Tiket dibeli (hampir RM 400), pertama kali beli tiket flight (famili tak pernah naik flight). Semua urusan jadi kelam kabut, tetapi disebabkan telah Allah tulis dalam takdir utk berada di Sarawak maka semua urusan selesai dalam masa seminggu. Borang ready, medical check up sudah, tiket sudah.

Zal012

Excited. Kali pertama naik flight

 

31 Mei 2010

Tibalah hari yang dinanti. Tiba di LCCT, nak flight ke Sarawak. Tapi rupanya musafir aku ni agak adventurous, mak bapak tak ikut sekali pi daftar. Bapaklah! dah lah first time naik flight, first time pergi Sarawak, lepas tu sorang-sorang. Tapi sebab aku anak sulong dan anak jantan, maka lautan api ku redah, awan komulunimbus ku tarah merentasi laut cina selatan.

Zal011

Baru nak boarding, 1st flight ke Kuching pada hari itu.

 

Akhirnya tibalah di bumi Sarawak, jumpa kaunter teksi, mahal jugak kena charge, dekat RM 40 dari KIA ke Asasi UNIMAS, bedal, tak boleh banyak songeh, kau tu first time kat sini! (rupanya takda ah jauh sgt, 15 minit je pun, tapi charge mak aih).

Sepanjang perjalanan naik teksi ke Asasi UNIMAS, dapat saksikan pemandangan di Sarawak pertama kali. Aku ingat lepas naik flight kena ambil perahu atau bot, sambil bot dan perahu meredah sungai yang penuh buaya kelaparan. Haram. Dari KIA sampai asasi, semua jalan ber tar, luas, dan takdalah seperti yang dibayangkan orang ramai. Ramai orang membayangkan bot, perahu, sungai dan buaya kerana media menonjolkan Sarawak begitu. Begitulah doktrin ini terjadi, hebat tak permainan media?

Langkah Pertama Di Asasi UNIMAS

Alhamdulillah selamat sampai di Asasi UNIMAS, rupanya asasi UNIMAS terletak di Kampus Timur UNIMAS, iaitu kampus lama UNIMAS yg mula diguna pada tahun 1992. Masa sampai sana mmg nampak infrastruktur usang, rumah kayu, rekabentuk banggunan kolej yang lama, masjid binaan kayu dan kafeteria pun nampak usang. Sehinga sekarang infrastrukturnya masih kekal, kecuali ada beberapa buah banggunan yang tidak lagi digunakan dan ada yang sudah dirobohkan.

keluar dari teksi, aku terus daftar dengan kerani kolej, mmg awkward, tak tahu nak pi mana, tanya bebudak asasi yang tengah jalan-jalan pun depa tak tahu bila aku tanya pejabat kat mana. Sekali aku duk jalan jalan cari pejabat akademik, jumpalah makcik cleaner, “cik, kata mana ya pejabat akademik? saya baru daftar harini”. Sepatah haram makcik tu reply aku tak faham, aku hanya jalan ikut telunjuk tangan dia menunjukkan arah lokasi pejabat. Redah. Alhamdulillah jumpa pejabat, daftar, dan balik ke kolej.

Jadual Kuliah Asasi UNIMAS

Kuliah bermula seawal 8.00 pagi hingga 4.00 atau 5.00 petang. Kadang-kadang kuliah sampai tengahari je. Rehat pagi 30 minit, rehat tengahari 1 jam 30 minit, sambung kelas petang 2.00pm dan ada yg tamat 4.00pm dan ada juga 5.00pm. terpulang kepada jenis kelas dan masa yang diambil.

Zal018

Lawatan ke Fakulti Sains Perubatan dan Kesihatan

Nak kata jadual pack, tak juga, nak kata lengang, tak juga. Semuanya bergantung kepada macam mana kita susun masa sebenarnya.

Biarlah waktu solat yang menyusun urusan harian kita, bukan urusan harian kita yang menyusun waktu solat kita

Budaya/Culture Pelajar Pada Waktu Aku

Aku jenis introvert, diam dan memerhati, memilih-milih dalam mencari kawan. Ada golongan yang kaki study, ada golongan yang kuat main game dan tgk movie, ada yang tak sampai sebulan dah bergerek (bhs sarawak bagi bercouple) ada golongan pula yang selalu lepak enjoy. Aku prefer bersama budak-budak educated yang lepak masjid. Yelah, aku dulu masa sekolah Kapten Rumah/Ketua Blok, tambah lagi pengawas exco disipin dan protokol, so aku jenis makes friend cautiously. dan aku senang dengan mereka.

kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, dapatlah bau wangi, kalau berkawan dengan tukang besi, dapatlah bau besi.

Ada pelajar yang disiplin dalam timing, ada pelajar yang kelas pkl 8.00am baru nak bangun. Nasihat aku mudah sahaja, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, dapatlah bau wangi, kalau berkawan dengan tukang besi, dapatlah bau besi. Kalau kawan dengan orang yang baik, soleh, berdisiplin, rajin, maka begitulah kita. Kalau berkawan dgn kaki perempuan, tgk movie, buang masa, pemalas maka begitulah juga kita. Selari dgn hadis Nabi SAW

Ikutlah tarbiah/usrah

Semasa asasi, walaupun aku sibuk sebagai pelajar, aku berjaya menjaga diri aku. Hidup bukan sahaja utk capaian impian di dunia, apa yang lebih penting adalah hidup ini adalah tempat utk bercucuk tanam bagi menuai hasil yang baik di akhirat. Masa kat asasi aku ikut usrah dengan abg-abg senior dari PEMBINA.

Mereka mengajarkan aku apa tujuan hidup sebagai seorang muslim, mendidik aku erti kesungguhan utk kejar dunia dan akhirat. Mereka turut memantau dan selalu menasihati aku utk berjaya dalam akademik, utk fokus dan jangan larut dengan budaya negatif dalam kalangan rakan sebaya. Aku bersyukur dan rasa bertuah sebab jumpa tarbiah dan ikut usrah abg-abg PEMBINA. Dan kini aku ulang apa yang mereka buat, cemerlang dalam pelajaran di samping mendidik dan mntarbiah adik-adik yang baru melangkah ke alam universiti menjadi seorang manusia yang ada FUNCTION.

Hasil tarbiah dan didikan mereka, kini aku berjaya melangkah ke alam pengajian Master dalam bidang bioteknologi. Nasihat aku, ikutlah usrah bila korang dah masuk asasi nanti, usrah yang aku ikut ni under PEMBINA – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Universiti Malaysia Sarawak, persatuan rasmi bawah UNIMAS.

Flyers-Page2 - Copy

Program yang ditawarkan di bawah PEMBINA UNIMASLike fanpage: https://www.facebook.com/PembinaUnimas

Like fanpage: https://www.facebook.com/PembinaUnimas
Siapa nak ikut usrah atau nak sembang dengan abg psl asasi UNIMAS: roger nombor ni 019-3054877 atau facebook: Nizzal Syafiq

Apa Cerita Senior Asasi 1st Batch?

Ada yang sambung belajar
Ada yang masih belajar
Ada yang bekerja
Ada yang sudah berkahwin
Masing-masing bawa haluan masing-masing. Tapi betullah, masuk asasi ni korang fokuslah betul-betul, jangan ingat nak buang masa dgn benda tak berfaedah, mak bapak hantar utk belajar, buat benda pelik-pelik, tak tahu malu ke? dah lah belajar pun pakai duit mak bapak bagi, buat maksiat pun pakai duit mak bapak.

Tinggalkanlah kgembiraan atau kesedihan SPM yang lepas. Kerana itu semua tidak menentukan kejayaan korang kat asasi. Ada yang SPM gempak, asasi jadi kokak. Ada yang SPM hampeh, tapi masa asasi jadi tokoh akademik, apa-apa pun berbalik kepada diri sendiri. Kena niat sentiasa nak matang, insyaAllah Allah akan bantu!

Selamat datang kpd adik-adik asasi 6th batch. Selamat menempuh alam pra universiti!.

Baca perkongsian pengalaman terkini di https://nizzalsyafiq.wordpress.com/2016/05/12/pengalaman-semasa-di-asasi-unimas-2/

p/s: tolong share dalam media sosial korang, sebarkan manfaat!