Tags

,

NEGARAKU_COALITION_NGO_LAUNCHDISCLAIMER: Apapun benda yg hendak saya sampaikan kepada sahabat IKRAM harap jangan berkecil hati dan saya dengan penuh kesedaran menganggap ini sebahagian dari tanggungjawab. Pertembungan ini harapnya kita semua dapat bezakan antara berhujah (bersandarkan dalil dan fakta), dan membenci sehingga memberi kesan kepada ukhwah islamiah.

1. KAMI DAPAT BERLAPANG DADA DENGAN MSIB, MENGAPA PULA ISMA TIDAK BERLAPANG DADA DENGAN TINDAKAN IKRAM DALAM TAHALUF DALAM NGO NEGARAKU?

Untuk menjawab soalan ini saya pergi kepada perbincangan paling dasar. Premis yang saya letak untuk jelaskan perkara nombor 1 ini adalah, MSIB satu ijtihad dalam kerangka syariah (bersandarkan nas dan dalil yg jelas), tetapi tahaluf IKRAM dlm Negara-Ku bukan satu ijtihad kerana bertentangan dengan prinsip asas dalam islam (rujuk wala’ wal bara’, ulasan Muhammad Ar Rasyid dalam Tahaluf Siyasi, dan Al-Muntalaq).

Jadi untuk ISMA mengambil sikap bermudah-mudahan dalam kesalahan prinsip adalah satu tindakan yang salah dan tidak tepat. Sebaliknya tindakan yang sesuai adalah dengan menyedarkan sahabat IKRAM dengan hujah yang bersandarkan nas dan dalil.

2. SIAPA MEREKA DALAM NEGARAKU SEHINGGA ISMA MENGGELARKAN MEREKA SEBAGAI MUSUH ISLAM?

Adakah aktivis atau penggerak IKRAM sedar siapa dalam NGO Negara-Ku? Mereka ini semua adalah orang yang konsisten membawa sesuatu yg mengancam kedaulatan islam itu sendiri, di sini saya berhujah atas fakta berikut:

Sumber Aiman Faudzi 2014, ISMAweb.net

“Penglibatan Ambiga dan golongan seangkatannya sudah bermula sejak tahun 2000 lagi. Bermula dengan penubuhan IFC (2001), Gerakan Artikel 11, BERSIH 1.0 (2007) sehingga 2.0, Festival Seksualiti Merdeka (2008), COMANGO (2009), COMANGO (2013) dan terkini adalah Negara-Ku (2014). Begitulah konsistennya Ambiga dan rakannya walaupun sudah lebih 10 tahun. Agenda mereka tidak lari daripada 4 paksi ini:

a) Hak kebebasan beragama dengan mafhum kebebasan untuk keluar daripada Islam dan kebebasan untuk mengiktiraf fahaman Islam sesat seperti Syiah dan tidak tertakluk kepada kebebasan dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

b) Pengiktirafan hak samarata dengan cara menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

c) Atas dasar “Freedom for All” mereka mengiktiraf hak manusiawi songsang seperti hak LGBT tetapi bukan dalam soal diskriminasi pekerjaan. Ia lebih kepada pengiktirafan kepada identiti songsang dan cara hidup mereka.

d) Merubah fahaman dan struktur dalam negara serta Perlembagaan Persekutuan supaya selari dengan idea negara sivil (konsep Liberal-Demokratik acuan Barat).”

Bagaimana IKRAM mampu tidak melabel mereka sebagai musuh Allah dan agama-Nya dengan bukti-bukti konkrit yang jelas dan terang yang telah disajikan di atas?

3. BARU SAJA DITUBUHKAN, DAN BELUM ADA LAGI PUN TERIAKAN KEFASADAN. MENGAPA BEGITU PANTAS MENGHUKUM?

Bagi menjawab ini saya bawa kes IKRAM yang lepas dalam Gerakan Bertindak Malaysia (GMB), di dalam isu rampasan bible oleh JAIS. Dalam hal tersebut IKRAM gagal bertindak untuk ‘lead the action’. Disamping itu hanya IKRAM satu satunya ngo islam dalam GBM selain dari IRF dan SIS (yang menumpang nama islam)

Bagaimana pula IKRAM dalam Negara-Ku yang memgumpulkan NGO jahiliah serta memusuhi kepentingan islam di Malaysia yang lebih ramai dan besar untuk ‘lead the action’ atau dominan dalam kumpulan jahiliah ini?

Mampukah IKRAM, satu satunya NGO islam menjadi ‘policy maker’ dan penentu hala tuju sekiranya di dalam Negara-Ku ini semuanya adalah golongan yanfg beriman dengan demokrasi?

Bagaimana IKRAM mahu menyampaikan kebenaran islam dalam kerangka demokrasi yang terang dan jelas mengutamakan undi majoriti dan bukan berdasarkan kerangka absolut islam?

4. DALAM NEGARA-KU KITA BERPRINSIPKAN PERLEMBAGAAN, PERJANJIAN PERSEKUTUAN DAN RUKUNEGARA. JADI MENGAPA PERLU RISAU?

Demi Allah, musuh-musuh ini juga sejak dahulu lagi melaungkan bahawa mereka ambil prinisip perlembagaan.

Tetapi akhirnya prinsip seseorang itu yang akan menafsirkan perlembagaan, seorang islamis melihat pelembagaan sebagai benteng kedaulatan islam di malaysia.

Seorang ahli bidaah (liberal sekular) dan musuh Allah pula menafsirkan perlembagaan berdasarkan prinsip yang mereka imani iaitu liberal democracy dan hak sama rata.

Buktinya penglibatan Ambiga itu sendiri sejak dalam IFC sehingga kini, Dong Zong dengan tuntutan tuntutan yang melampau, IRF dan SIS dengan diskusi dan pembawaan yang jelas merosakkan islam. Perbezaaan neraca inilah yang membezakan seorang islamis dan seorang pendokong kebatilan.

5. KEMBALI KEPADA PERSOALAN AKAR DALAM ISU INI. BAGAIMANA IKRAM MAMPU JAWAB AYAT-AYAT ALLAH YANG MELARANG TAHALUF DENGAN MUSUH ALLAH?

Surah Annisa 4:139,
Surah Annisa:144,
Surah Al A’raf: 3.

Cukuplah tiga ayat yang sorih ini sebagai pegangan dan penjelasan kpd kita.

Begitu juga dengan fatwa Ibn Katsir dalam tafsirnya:

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali Imran 3:28)

Ibn Katsir rahimahumullah mengulas:

Allah swt. melarang hamba-hamba-Nya yang mukmin berpihak kepada orang-orang kafir dan menjadikan mereka teman yang setia dengan menyampaikan kepada mereka berita-berita rahsia karena kasih sayang kepada mereka dengan meninggalkan orang-orang mukmin.

Kemudian Allah Subhana wa ta’ala. mengancam perbuatan tersebut melalui firman-Nya:

“….Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah” (Ali Imran 3:28)

Dalam penulisan ini saya akhiri dengan ayat Al-Quran dari Surah Al-Mumtahanah ayat 1

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah jadikan musuh Aku dan musuh kamu sebagai teman rapat/pemimpin (awliya’). Kamu memberikan kasih sayang kepada mereka sedangkan telah kufur (ingkar) dengan apa yang telah sampai pada kamu (keterangan Islam) dari bentuk kebenaran, mereka telah menghalau Rasulullah SAW dan dirimu sendiri, hanya semata-mata kamu beriman kepada Allah sebagai Tuhan kamu.

(Janganlah lakukan perkara ini) sekiranya kamu ingin keluar berjihad pada jalan-Ku, dan demi semata-mata mencari keredhaan-Ku, dan kamu pula menyembunyikan rasa kasih kepada mereka, sedangkan Aku lebih mengetahui terhadap apa yang kamu sembunyikan dan jaharkan.

(Allah akhiri dengan ‘take home’ mesej yang paling berat buat kita semua)

Maka barangsiapa yang lakukan perkara tersebut (berwala’ kepada musuh Allah), maka dia telah sesat dari jalan yang lurus” – Surah Al-Mumtahanah, ayat 1.

 

Apa lagi yang kurang jelas bagi IKRAM dalam isu ini, dan apa sebenarnya dalil dan hujah yang jelas untuk IKRAM berlindung dari ancaman Allah?