Pejam celik, pejam celik baru tersedar, sudah 5 tahun rupanya berada di bumi Sarawak. Teringat ketika hari surat tawaran sampai ke rumah, tak sangka betul dapat Sarawak. Pada ketika itu hati berbelah bagi, aku perlu tunggu keputusan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) JPA atau menerima tawaran UPU Asasi Sains Hayat di UNIMAS. Pada masa tu dah tak pandang dah nak belajar dalam negara, confident sangat dapat tajaan PILN dan belajar medik di RCSI Ireland.
Takdir Allah mendahului perancangan kita
Pada hari keputusan PILN diumumkan online, ditakdirkan rezeki itu bukan utk melanjutkan pengajian di bawah PILN. Hancur luluh hati, mak bapa jangan tanya, kecewa habis. Pada masa keputusan keluar pendaftaran di Asasi UNIMAS sedang berlangung, dan aku baru terkapai-kapai nak membaca syarat-syarat, mengisi borang-borang yang diperlukan dan sebagainya. Tiket dibeli (hampir RM 400), pertama kali beli tiket flight (famili tak pernah naik flight). Semua urusan jadi kelam kabut, tetapi disebabkan telah Allah tulis dalam takdir utk berada di Sarawak maka semua urusan selesai dalam masa seminggu. Borang ready, medical check up sudah, tiket sudah.
31 Mei 2010
Tibalah hari yang dinanti. Tiba di LCCT, nak flight ke Sarawak. Tapi rupanya musafir aku ni agak adventurous, mak bapak tak ikut sekali pi daftar. Bapaklah! dah lah first time naik flight, first time pergi Sarawak, lepas tu sorang-sorang. Tapi sebab aku anak sulong dan anak jantan, maka lautan api ku redah, awan komulunimbus ku tarah merentasi laut cina selatan.
Akhirnya tibalah di bumi Sarawak, jumpa kaunter teksi, mahal jugak kena charge, dekat RM 40 dari KIA ke Asasi UNIMAS, bedal, tak boleh banyak songeh, kau tu first time kat sini! (rupanya takda ah jauh sgt, 15 minit je pun, tapi charge mak aih).
Sepanjang perjalanan naik teksi ke Asasi UNIMAS, dapat saksikan pemandangan di Sarawak pertama kali. Aku ingat lepas naik flight kena ambil perahu atau bot, sambil bot dan perahu meredah sungai yang penuh buaya kelaparan. Haram. Dari KIA sampai asasi, semua jalan ber tar, luas, dan takdalah seperti yang dibayangkan orang ramai. Ramai orang membayangkan bot, perahu, sungai dan buaya kerana media menonjolkan Sarawak begitu. Begitulah doktrin ini terjadi, hebat tak permainan media?
Langkah Pertama Di Asasi UNIMAS
Alhamdulillah selamat sampai di Asasi UNIMAS, rupanya asasi UNIMAS terletak di Kampus Timur UNIMAS, iaitu kampus lama UNIMAS yg mula diguna pada tahun 1992. Masa sampai sana mmg nampak infrastruktur usang, rumah kayu, rekabentuk banggunan kolej yang lama, masjid binaan kayu dan kafeteria pun nampak usang. Sehinga sekarang infrastrukturnya masih kekal, kecuali ada beberapa buah banggunan yang tidak lagi digunakan dan ada yang sudah dirobohkan.
keluar dari teksi, aku terus daftar dengan kerani kolej, mmg awkward, tak tahu nak pi mana, tanya bebudak asasi yang tengah jalan-jalan pun depa tak tahu bila aku tanya pejabat kat mana. Sekali aku duk jalan jalan cari pejabat akademik, jumpalah makcik cleaner, “cik, kata mana ya pejabat akademik? saya baru daftar harini”. Sepatah haram makcik tu reply aku tak faham, aku hanya jalan ikut telunjuk tangan dia menunjukkan arah lokasi pejabat. Redah. Alhamdulillah jumpa pejabat, daftar, dan balik ke kolej.
Jadual Kuliah Asasi UNIMAS
Kuliah bermula seawal 8.00 pagi hingga 4.00 atau 5.00 petang. Kadang-kadang kuliah sampai tengahari je. Rehat pagi 30 minit, rehat tengahari 1 jam 30 minit, sambung kelas petang 2.00pm dan ada yg tamat 4.00pm dan ada juga 5.00pm. terpulang kepada jenis kelas dan masa yang diambil.
Nak kata jadual pack, tak juga, nak kata lengang, tak juga. Semuanya bergantung kepada macam mana kita susun masa sebenarnya.
Biarlah waktu solat yang menyusun urusan harian kita, bukan urusan harian kita yang menyusun waktu solat kita
Budaya/Culture Pelajar Pada Waktu Aku
Aku jenis introvert, diam dan memerhati, memilih-milih dalam mencari kawan. Ada golongan yang kaki study, ada golongan yang kuat main game dan tgk movie, ada yang tak sampai sebulan dah bergerek (bhs sarawak bagi bercouple) ada golongan pula yang selalu lepak enjoy. Aku prefer bersama budak-budak educated yang lepak masjid. Yelah, aku dulu masa sekolah Kapten Rumah/Ketua Blok, tambah lagi pengawas exco disipin dan protokol, so aku jenis makes friend cautiously. dan aku senang dengan mereka.
kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, dapatlah bau wangi, kalau berkawan dengan tukang besi, dapatlah bau besi.
Ada pelajar yang disiplin dalam timing, ada pelajar yang kelas pkl 8.00am baru nak bangun. Nasihat aku mudah sahaja, kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, dapatlah bau wangi, kalau berkawan dengan tukang besi, dapatlah bau besi. Kalau kawan dengan orang yang baik, soleh, berdisiplin, rajin, maka begitulah kita. Kalau berkawan dgn kaki perempuan, tgk movie, buang masa, pemalas maka begitulah juga kita. Selari dgn hadis Nabi SAW
Ikutlah tarbiah/usrah
Semasa asasi, walaupun aku sibuk sebagai pelajar, aku berjaya menjaga diri aku. Hidup bukan sahaja utk capaian impian di dunia, apa yang lebih penting adalah hidup ini adalah tempat utk bercucuk tanam bagi menuai hasil yang baik di akhirat. Masa kat asasi aku ikut usrah dengan abg-abg senior dari PEMBINA.
Mereka mengajarkan aku apa tujuan hidup sebagai seorang muslim, mendidik aku erti kesungguhan utk kejar dunia dan akhirat. Mereka turut memantau dan selalu menasihati aku utk berjaya dalam akademik, utk fokus dan jangan larut dengan budaya negatif dalam kalangan rakan sebaya. Aku bersyukur dan rasa bertuah sebab jumpa tarbiah dan ikut usrah abg-abg PEMBINA. Dan kini aku ulang apa yang mereka buat, cemerlang dalam pelajaran di samping mendidik dan mntarbiah adik-adik yang baru melangkah ke alam universiti menjadi seorang manusia yang ada FUNCTION.
Hasil tarbiah dan didikan mereka, kini aku berjaya melangkah ke alam pengajian Master dalam bidang bioteknologi. Nasihat aku, ikutlah usrah bila korang dah masuk asasi nanti, usrah yang aku ikut ni under PEMBINA – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Universiti Malaysia Sarawak, persatuan rasmi bawah UNIMAS.
Like fanpage: https://www.facebook.com/PembinaUnimas
Siapa nak ikut usrah atau nak sembang dengan abg psl asasi UNIMAS: roger nombor ni 019-3054877 atau facebook: Nizzal Syafiq
Apa Cerita Senior Asasi 1st Batch?
Ada yang sambung belajar
Ada yang masih belajar
Ada yang bekerja
Ada yang sudah berkahwin
Masing-masing bawa haluan masing-masing. Tapi betullah, masuk asasi ni korang fokuslah betul-betul, jangan ingat nak buang masa dgn benda tak berfaedah, mak bapak hantar utk belajar, buat benda pelik-pelik, tak tahu malu ke? dah lah belajar pun pakai duit mak bapak bagi, buat maksiat pun pakai duit mak bapak.
Tinggalkanlah kgembiraan atau kesedihan SPM yang lepas. Kerana itu semua tidak menentukan kejayaan korang kat asasi. Ada yang SPM gempak, asasi jadi kokak. Ada yang SPM hampeh, tapi masa asasi jadi tokoh akademik, apa-apa pun berbalik kepada diri sendiri. Kena niat sentiasa nak matang, insyaAllah Allah akan bantu!
Selamat datang kpd adik-adik asasi 6th batch. Selamat menempuh alam pra universiti!.
Baca perkongsian pengalaman terkini di https://nizzalsyafiq.wordpress.com/2016/05/12/pengalaman-semasa-di-asasi-unimas-2/
p/s: tolong share dalam media sosial korang, sebarkan manfaat!
Qurratu Aini said:
Inspiring Indeed! thank u!
izan said:
tiket flight sepanjng belajar ditanggung atau tanggung sendiri ye?
nizzalsyafiq said:
Elaun tiket penerbangan akan diberi RM 700 sekali sahaja sepanjang tempoh
Aiman Madinah said:
sepanjang tempoh? maksudnya?
nizzalsyafiq said:
Bermaksud sepanjang 2 sem di asasi. Pelajar hanya dpt RM 700.
nizzalsyafiq said:
Elaun bantuan Tiket flight hanya RM 700 sepamjang tempoh pengajian. Dia akan dibayar lamsam.
Fifi said:
Nty klau buat degree lepas asasi ad biasiswa apa apa x???
nizzalsyafiq said:
Ada banyak jenis biasiswa
1. Biasiswa yayasan negeri
2. JPA
3. Bantuan baitulmal
4. Banyak lagi
Tapi semuanya sgt bergantung kepada keputusan yg cemerlang dan rezki
Muhammad Azim said:
Terime kasih saudara atas perkongsian ini.. Amat membantu kawan saye yg dpat UNIMAS.. Semoge Allah merahmatimu
nizzalsyafiq said:
Takdahal bro.
Nanti boleh suruh dia add saya di facebook. Boleh sembang lebih
Muhammad Azim said:
Kalau saye yang add bro kat fb boleh? Hehe bukan ape.. ingat nak tanye tentang ni..
Kawan saye tu dapat asasi sains fizikal di Unimas, tapi dia nak minta tukar ke asasi sains hayat, boleh ke berbuat demikian? Kalau boleh, ape pendapat bro tentang pertukaran tu?
Terime kasih atas maklum balas.
nizzalsyafiq said:
Boleh2. Kenapa bukan kawan yg add di fb? Lagi better senang bertanya dan menjawab
Muhammad Azim said:
Sebab henset die slow nak buka fb.. Saye cume tolong tanyekan mane yang t’mampu.
nizzalsyafiq said:
Ok takda masalah. Fb saya Nizzal Syafiq
fazlin shahira said:
Assalamualaikum saudara. Saya teringin sgt nk masuk unimas ni sbb saya mmg dpt course sains hayat yg saya minat tp saya takut saya x boleh bawak and nnt study jauh2 bayar mahal2 tp x worth it.
Study kat sana ok tak? I mean ramai ke pelajar sains hayat yg kecundang? Susah ke? I want to believe in myself and yakin yg saya boleh buat tp saya takut ia berisiko. Lagipun saya dpt matriks jurusan sains juga tp saya rasa saya x akan ke matriks. Boleh bagi pandangan saudara?
nizzalsyafiq said:
Wasalam. Camni dik. Pada pandangan saya, belajar kat mana pun sama sahaja. Yang penting kesungguhan diri kita dan kejelasan halatuju. Kalau belajar dekat tapi takda kesungguhan tetap tidak akan berjaya. Adik boleh anggap cabaran belajar jauh ni sebagai ‘pushing factor’ untuk pastikan diri berjaya. Ubah ketakutan kepada pendorong untuk berjaya. Saya kenal ramai pelajar sejak asasi batch 2 sampai batch 6. Satu perkara yang saya perhatikan, result SPM tinggi rendah bukan penentu kejayaan dan kegagalan di asasi, yang menentukan adalah usaha dan kesungguhan. Boleh pm facaebook saya (Nizzal Syafiq), nanti saya pm nombor akak senior asasi, mungkin dengan akak tu kamu lebih sembang lebih tanya tips etc.
lin said:
Skarang Degree ambik course apa?
nizzalsyafiq said:
Currently doing master in biotechnology. Previous degree dlm biotechnology
WanTedz said:
Salam nk tanya, Asasi sains fizikal kat UNIMAS mengajar dlm english sahaja atau dwi bahasa?? Terima kasih
nizzalsyafiq said:
Silabus mmg dalam english. Cuma kadang lecturer ada je explain dlm BM
yah afirah said:
just nak tanya.. fee dye mcm mne? n asasi sains hayat unimas bole gune dkat universiti mne lgi selain unimas untuk smbg ke deg nnti?
nizzalsyafiq said:
Fee tak pasti pula. Tapi psl sambung ke mana jawapannya hanya UNIMAS. Tak boleh mohon U lain
Hzrh said:
Assalam , saya nak bertanya bnyk persaingan tak untuk course degree biotech or course medic di Unimas ? Saya dapat tawaran asasi sains hayat di unimas dan masih keliru memandangkan course degree di unimas tak bnyak . Atau sya patut terima matrik je ? Tq
nizzalsyafiq said:
Utk course biotech tak banyak persaingan. Cukup 3.0 boleh dapat.
Utk course medik banyak persaingan. Hanya 60 pelajar shj terpilih. Kena bersaingan dot pointer tinggi dan melalui interview.
Terima atau tidak bergantung kpd apa2 cita2 adik. Susah utk saya beri kesimpulan.
Ameena said:
Bro, elaun tiket flight tu under apa ya? Skrg ada lg x?? Kena mohon or automatik dpt? Lagi,, bro skrg dh msuk alam pkrjaan ke belum?
nizzalsyafiq said:
1. Elaun tiket di bawah peruntukan elaun pengajian pelajar
2. Saya sekarang tahun ketiga master.
Johan said:
Masih berbelah bagi samada mahu sambung degree di Unikl atau di Unimas. next week dah intake. Tiba2 diterima masuk Unimas masa rayuan UPU. Elok terima ke tidak…hadehh mekasih
nizzalsyafiq said:
Susah untuk saya membandingkan antara keduanya sebab tak kenal dan tahu suasana UniKL. Mungkin saudara boleh dapatkan feedback tentang suasana UNiKL dari pelajar UniKL sendiri.
harlina said:
Salam, course zoologist di unimas ok ke?
nizzalsyafiq said:
Wasalam. Maaf saya bukan dari kos zoologi.
aj said:
asssalamualaikum saya nak tanya, alhamdulillah sub sains saya okay chem,fizik,bio..tapi addmath saya D huhu sedih. Agak agak bole dapat tak asasi sains hayat unimas? curious hm.
nizzalsyafiq said:
InsyAllah kalau ada rezki
erisa said:
assalamualaikum. boleh bagi keterangan x tentang degree dlm biotech ni? nnt peluang kerjaya apa yg ada?
Ss myn said:
Salam nak tanya,urm bukan ke daripada airport akan ada LO yang tunggu kita ???
Or takde , agak pening sikit..
nizzalsyafiq said:
Ada LO tunggu di airport
hiyo!! said:
hi! saudara tau ke bila result upu kluar tahun ni? x sbar nak bljr dah hahahah